Lenovo IdeaPhone S890 Review

Setelah sekian lama saya 'bergelumang' dengan HTC One X, setahun lebih tempohnya, kini tiba masa saya beralih kapal setelah puas bermain dengan ROM-ROM di forum XDA. Apa yang saya cari kali ini ialah sebuah peranti yang boleh bertahan satu hari suntuk baterinya tanpa perlu membawa Powerbank ke mana-mana.

Setelah puas menonton reviu-reviu di seluruh pelosok laman YouTube, akhirnya saya membuat keputusan untuk terus mendapatkan Lenovo IdeaPhone S890 di Challenger, The Mines. Apakah yang telah membuatkan saya tertarik untuk membelinya?

Pada asalnya saya masih berkira-kira sama ada patutkah saya mendapatkan Lenovo P770 yang lebih besar kapasiti baterinya iaitu 3500mAh. Namun setelah saya 'telek' dan belek S890 yang lebih besar skrinnya serta mempunyai kapasiti bateri bersaiz 'boleh tahan' iaitu 2250mAh, maka tidak teragak-agak lagi untuk saya terus ke kauter pembayaran..

Berikut ialah antara pakej yang saya dapat setelah pembelian:






Apa yang ada di dalam kotak?

Lenovo IdeaPhone S890, standard 3-pin wall charger, in-ear headphone dengan Lenovo Branding, manual.

Apa yang saya dapat percuma dari Challenger?

Beg serba guna dan kalkulator solar.

Apa yang menarik tentang Lenovo S890?

Seperti yang saya katakan pada awal entri, saya cuba mencari telefon bimbit pintar yang tidak begitu kuat penggunaan kuasa baterinya. Jadi, setelah puas saya cuba 'mendera' telefon ini dengan penggunaan WhatsApp dan Facebook yang berterusan (kerana dua aplikasi inilah yang kerap saya gunakan seharian bersama HTC One X dahulu), inilah hasil/keputusannya:



Ya. Lebih dari 4 jam setengah penggunaan skrin dan hampir 24 jam waktu sedia dengan masih berbaki 13% lagi kuasa baterinya. Amat menarik sekali! Ini juga berkemungkinan besar jasa dari Lenovo Power Management yang sedia terpasang di dalamnya, dan juga jasa pemproses MTK 6577T serta GPU PowerVR SGX531 yang bijak menguruskan kuasa bateri. Tahniah Lenovo atas inovasi ini!

Bagaimana dengan kameranya?

Lenovo S890 disertakan dengan kamera beresolusi 8MP, flash dan auto focus. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan kamera Lenovo S890:






Anda boleh nilaikan sendiri kualiti kamera Lenovo S890 ini. Bagi saya amat bagi dari segi terjemahan warna asal, pencahayaan dari flash yang baik dan juga kurang masalah noise.

Kualiti audio?

Setakat ini saya masih belum dapat menguji ia secara menyeluruh, namun setelah mendengar beberapa lagu uji, boleh dikatakan kualitinya agak bagus, namun boleh ditingkatkan lagi kualitinya dengan memasang aplikasi Viper4Android atau lain-lain aplikasi seumpama dengannya. Cuma anda perlu root peranti ini terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan Viper4Android.


Secara keseluruhan:

Saya boleh memberi 8 bintang daripada 10 kepada peranti dari Lenovo ini kerana mereka berjaya membuktikan bahawa mereka juga punya daya saing bukan sahaja daripada produk-produk laptop, bahkan juga produk-produk telefon bimbit pintar.

Seperti produk Lenovo yang pernah saya miliki sebelum ini iaitu Lenovo G480 (laptop), peranti Lenovo S890 ini juga membuatkan saya berasa amat berpuas hati dan harapnya selepas ini akan muncul lagi inovasi-inovasi baru dari Lenovo. Kepada yang masih berfikir, sambar je satu!
Powered by Blogger.