Cara Root Lenovo P780

Dalam melakukan proses root terhadap pelbagai jenis telefon dan tab yang pernah saya lakukan, model Lonovo P780 merupakan model yang paling mudah sekali untuk di-eksploit.

Ini adalah kerana proses rooting bagi model ini hampir tidak memerlukan penglibatan PC. Cukup sekadar menggunakan aplikasi yang dipanggil sebagai Framaroot.

Samalah juga halnya dengan pemasangan custom recovery seperti TWRP. Apa yang diperlukan hanyalah fail TWRP dan juga pasangkan aplikasi Mobileuncle MTK Tools.

Cara Root P780:

1. Seperti yang telah dikatakan, muat turun terlebih dahulu Framaroot.

2. Pasangkan ia melalui File Manager pilihan anda.

3. Buka Framaroot, pilih 'Install SuperSU', di bawah pilihan tersebut tekan pada perkataan 'Boromir'.


4. Selesai!

5. Anda cuba perlu reboot peranti dan kini aplikasi SuperSU siap terpasang.

Cara Pasang TWRP Recovery:

1. Muat turun fail TWRP Recovery untuk P780.

2. Pasangkan Mobileuncle MTK Tools dari Google Play Store.

3. Ekstrak fail TWRP itu tadi kepada root sdcard anda. (/sdcard)

4. Jalankan Mobileuncle, pilih Recovery Update.

5. Akan muncul 'recovery.img' pada pilihan pertama, klik pada 'recovery.img' tersebut.

6. Selesai!

7. Untuk masuk ke dalam recovery cukup sekadar kombinasi butang Power + Volume up.
Powered by Blogger.