Hapuskan Iklan Pada Aplikasi uTorrent

Menorrent (menorrent?) merupakan satu proses yang tidak asing lagi dalam kalangan kita sekarang ni. Sebut saja pasal torrent, pasti anda akan teringat akan 'muat turun'. Tak kira apa jenis fail, termasuk filem, permainan video malahan buku-buku berbentuk pdf turut sedia dimuat turun.

Ads?

Mungkin ramai yang dah tau apa itu ads. Walaupun begitu, tak menjadi masalah untuk kita mengulang balik, betul dak? Ads adalah singkatan bagi perkataan advertisement yang bermaksud iklan. Iklan-iklan yang terpampang tak kira di laman web atau pun aplikasi merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pemilik.

S: Sah tak muat turun kita kalau kita buang iklan-iklan ni?
J: Wallahualam (ketawa sinis)

Cukuplah saya bermukadimah, jom teruskan dengan tujuan utama kita.

Hapuskan Iklan Pada uTorrent

1. Jalankan aplikasi uTorrent
2. Pada bahagian atas sekali belah kiri, klik pada Options dan pilih Preferences


3. Pada tetingkap Preferences, klik pada Advanced yang ada di bahagian kiri


4. Pada kotak Filter, masuk gui.show_plus_upsell 


5. Dengan cara yang sama, masukkan kod-kod ini pada kotak Filter tersebut dan pilih (tick) pada False
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
offers.left_rail_offer_enabled
offers.sponsored_torrent_offer_enabled
gui.show_notorrents_node
offers.content_offer_autoexec
6. Selesai semua, klik OK dan keluar daripada aplikasi uTorrent (pada taskbar, klik kanan dan pilih Keluar)


Haa mudahkan? Tak susah mana pun. Semoga berjaya!

P/s: Sebarang masalah boleh ajukan pada penulis di Twitter/Fb
Powered by Blogger.