[ Tinjau ] BlackBerry Messenger


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Sudahkan anda download BBM for iOS/Android? Jika belum sila klik link di bawah dan boleh muat turun, ia akan bawa anda ke App Store/Play Store anda. :)
Akhirnya, BlackBerry Messenger Untuk iOS dan Android Sudah Keluar
Jadi saya akan buat sedikit tinjauan mengenai aplikasi ini.

Saya telah pasang di iPhone 4S dan Xperia L. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Agak teruja juga apabila mereka sudah lancarkan BBM untuk phone yang lain.
Ada yang mengatakan bahawa BlackBerry kehilangan keistimewaan mereka kerana rata-rata orang menggunakan BlackBerry kerana BBM. Tetapi ada yang mengatakan bahawa BlackBerry sesuai untuk mengguna internet kerana quota lambat habis. Khabar angin yang saya dengar lah.


Balik pada topik kita, saya akan tunjukkan screenshot BlackBerry Messenger, perbandingan antara iOS dan juga Android. Sebelah kiri Android, sebelah kanan iOS.
iOS yang saya guna ialah iOS 7.0.2 dan Android 4.1.2




klik untuk lebih jelas


Perbandingan di Store masing2

klik untuk lebih jelas

Ini di Home Screen masing2.

klik untuk lebih jelas

Ini lak perbandingan pada Contact. Maaf nama terpaksa ditutup :)

klik untuk lebih jelas

Beza dekat sini. Untuk Android, jika phone anda ada LED colour, contoh macam Xperia L saya ni ada LED colour jika sebarang notification masuk. Anda boleh pilih warna untuk bezakan notification SMS, Call or BBM. Kecewa dengan iOS tiada option itu kerana kami mana ada lampu tu. :)

klik untuk lebih jelas

Terdapat 4 pilihan untuk tambah rakan, seperti gambar di atas. PIN, Email dan SMS seperti biasa dan Barcode unik sikit.

klik untuk lebih jelas

Ini contoh Invite by Barcode, begitu mudah sekali. Bila fikir balik macam add WeChat ada Barcode. :)

Saya hanya boleh huraikan yang ada dalam aplikasi ini.
Kemungkinan ada yang dari BlackBerry phone tidak ada dalam aplikasi ini. Saya rasa lah.

Hampir serupa aplikasi ini pada iOS dan Android, cuma ada sedikit perbezaan.
Ini kemungkinan menjadi kemudahan kepada pengguna BlackBerry untuk bertukar phone lain ( sama ada iOS or Android )
 
Jadi, berikan pendapat anda tentang aplikasi ini di ruang komen bawah.
Jika hendak kongsikan BBPIN anda pun tiada masalah :)
Selamat mencuba


*maaf jika entri ini begitu singkat, lama tak update terasa janggal sedikit :(


Powered by Blogger.