[ Tutorial ] Memperbaiki "Soft Brick" Untuk Sony

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Harap anda semua sihat2 belaka.
Saya menerima maklumat mengatakan Xperia L kini menerima update 4.2.2 JellyBean.
Rasa tidak percaya, lalu saya siasat sendiri, maka ternyata berita tersebut betul :)

Saya sebelum ini menggunakan "Custom ROM dan Kernel" iaitu Xperia L Clean 'n' Tweaked V3 dan Vengeance V2.3. Sudahpun root dan unlock bootloader. ( Anda kena Backup TA untuk boleh restore semula " Bravia Engine ", dan lain2 punya ciri ).

Post ini juga merupakan tutorial cara untuk mengguna Update Service. Ramai orang berpendapat PC Companion lambat untuk update ( bagi kes soft brick ).
Ini juga untuk boleh digunakan di PC Companion dibawah Support Zone, dan klik repair untuk format semula.


Untuk update latest version firmware ini anda hendaklah kunci semula bootloader ( jika anda unlock untuk tukar kernel ataupun tukar ROM ).
Untuk update ( jika anda standard phone, tidak Custom ROM dan kernel anda boleh terus update melalui Update Service, dan boleh juga pakai PC Companion untuk update ) sila pakai Update Service.
Sila klik sini untuk update > Update Service dan Install
Pastikan phone anda bateri 50% ke atas dan pastikan anda sudah backup contact anda serta apps / games sebelum melakukan proses ini.


klik untuk lebih jelas

Sila tanda dikotak disediakan dan sila tekan Next. Jika anda terus buka selepas install ( atau kali pertama install kena tunggu software itu update lalu baru keluar seperti gambar diatas. Jangan risau semuanya berlaku secara automatik, janji ada internet :D )


klik untuk lebih jelas

Selepas itu, sila pilih model phone anda. Untuk post ini, model yang saya gunakan ialah Xperia L ( C2105/S36H ). Kemudian tekan Next. Selepas itu, akan keluar 2 option ( ini bagi kes unlock bootloader, tukar ROM dan Kernel ), sila ambil pilihan kedua, dan tanda ✔ dikotak disediakan. Maaf tidak dapat tunjukkan gambar kerana lupa nak screenshot, dah siap baru ingat :(. 


klik untuk lebih jelas

Selepas itu sila ikut langkah2 yang tertera discreen anda. Pastikan anda matikan phone anda selama 30 saat. Kemudian sila tunggu kerana ia akan mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada kelajuan internet anda :). Tak silap saya saiz update tu bawah 500MB.

Selesai sudah anda boleh tutup Update Service itu, dan cabut USB dari phone anda, dan tunggu sehingga keluar setup yang pertama sekali, pilih bahasa. Untuk yang tukar Kernel dan ROM tu, memang lama juga boot animation itu. Jadi jangan risau sebab dah set asal punya. Jika anda tukar ROM atau Kernel, boot animation begitu lama itu tanyanya kernel tersebut tidak sesuai dengan ROM tersebut ataupun anda kena full-wipe data dengan full-wipe cache baru ia akan berfungsi seperti biasa.

Jadi selamat update,
Insyaa Allah akan sambung post akan datang mengenai Xperia L kini boleh kemaskini 4.2.2 JellyBean :)
Powered by Blogger.