SurDoc: Storan Awan Percuma Bersaiz 100GB

Asalammualaikum dan salam sejahtera.
Penggunaan storan awan memang tidak asing lagi dalam dunia maya ini. Storan awan atau lebih mudah dikenali sebagai `cloud storage´ kini lebih diperluas memandangkan kepengunaannya yang mudah dan senang untuk diuruskan. Antara servis penyimpanan awan terkenal termasuklah, DropBox, Google Drive dan ADrive.

Selain itu, jika anda adalah pengguna Ubuntu, anda pasti tidak asing lagi dengan servis penyimpanan awan seperti ini kerana Ubuntu turut menyediakan storan awan percuma untuk setiap penggunanya iaitu Ubuntu One. Jika anda masih belum mendaftar, silakan mendaftar sekarang. Ruangan 5GB masih disediakan untuk anda.

SurDoc Corporation adalah syarikat yang menawarkan servis storan awan percuma selama setahun yang bersaiz seratus gigabait. Cukup dua belas bulan, anda akan dikenakan bayaran untuk menyambung servis ini untuk tahun seterusnya. 

Dari segi keselematan serta privasi pengguna, SurDoc's TruPrivacy Technology memberi kawalan eksklusif kepada setiap pengguna. Setiap fail akan dilindungi dengan cara tertentu bagi memastikan data-data yang tersimpan di dalam fail tidak dapat dicuri mahupun diakses oleh orang lain. 

Selain keselamatan yang cukup baik, SurDoc menyokong ratusan komputer untuk melakukan `backup´ pada sesebuah akaun tanpa mengenakan bayaran tambahan (kecuali melebihi had storan percuma kih kih kih..)

SurDoc's VisiDoc Technology berupaya menyokong kesemua peranti untuk mengakses fail yang tersimpan tanpa masalah. 

Cukuplah dengan penerangan ini. Tak guna juga kalau cakap tapi tak mencuba.
Tunggu apa lagi, 100GB storan percuma sedang menunggu anda. Apa..? Masih tak cukup dengan saiz yang ni? Takpa, boleh dapat banyak lagi. Tengok gambar dibawah untuk lebih info. 


Akhir kata, selamat mencuba dan menyimpan.
Asalammualaikum :)

Sebarang pertanyaan boleh ajukan pada penulis di laman sosial Twitter atau Facebook.
Powered by Blogger.