SyncDrive: Aplikasi Google Drive Untuk Linux [Tidak Rasmi]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Saya mulakan bicara dengan menceritakan tentang ketidakcekapan Google dalam menguruskan sistem teknologi dunia. Umum mengetahui bahawa Google merupakan kuasa besar dalam arena teknologi dan inovasi ini, namun sayangnya sikap acuh tak acuh Google kadangkala membuatkan saya tidak berapa selesa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan Google. Bayangkan beratus mahupun beribu kakitangan dibawah syarikat Google, adakah semuanya hanya berseronok, makan secara percuma di dalam ruangan berkerja.

Sistem pengoperasian telefon pintar Android berasaskan Linux, namun Android memberi keuntungan yang cukup lumayan kepada pihak Google. Menjaga Linux secara umum sesungguhnya tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, pengguna-pengguna Linux ibarat anak kualon yang kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa (Google). Sebuah soalan yang tidak terjawab walaupun sudah bertahun Google bermaharajalela dalam arena storan awan (cloud storage).  Adakah Google tidak berminat untuk melahirkan sebuah aplikasi/perisian rasmi Google Drive untuk sistem pengoperasian Linux?



SyncDrive merupakan aplikasi yang dibina oleh warganegara Perancis iaitu David Tavares yang juga merupakan seorang pembangun sistem pengoperasian yang menyerupai Mac OSX iaitu Pear OS. Beliau mengembang, menaiktaraf dan menambahbaik aplikasi Grive yang juga merupakan aplikasi tidak rasmi bagi Google Drive pada Linux. Aplikasi SyncDrive menggunakan antara muka pengguna grafik (GUI). Segalanya sudah dipermudahkan oleh pembangun. Anda cuma perlu mengikut arahan yang terpampang pada setiap muka aplikasi. Antara muka aplikasi SyncDrive juga tidak akan menjadikan anda kusut dan kalut sewaktu menggunakannya. Memiliki antara muka yang bersih dan ringkas, aplikasi SyncDrive berjaya menaikkan keghairahan saya untuk mencuba dan mengarang sebuah artikel tentang kelebihannya. Menerusi aplikasi SyncDrive juga, anda boleh mengemaskini beberapa akaun Google Drive sekali gus memudahkan anda untuk melakukan pelbagai tugas yang melibatkan dua storan maya Google Drive. Tidakkah itu memudahkan dan tidakkah juga kelebihan ini memukau mata anda?

Kekurangan yang saya dapati semasa menggunakan aplikasi SyncDrive ini ialah masa untuk penyelarasan (synchronize) adalah lambat dan memakan masa yang lama.

Pautan rujukan untuk lebih memahami perihal aplikasi SyncDrive.














Panduan pemasangan SyncDrive pada sistem pengoperasian Ubuntu/Linux Mint
1. Buka aplikasi Terminal.

2. Salin dan tampal baris perintah di bawah satu persatu.
  • sudo add-apt-repository ppa:noobslab/pear-apps
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get install syncdrive
Sebelum saya mengundur diri, maafkan saya sekiranya saya gagal untuk memberikan yang terbaik selepas sekian lama meninggalkan alam penulisan ini. Rasa kejanggalan telah mengkakukan penyambungan sel-sel minda dan pergerakan tangan dan jari-jemari saya.

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.