10 Modules Xposed Terbaik

Entri ini tidak perlukan intro. Sebab.. saya letih nak taip intro. Silakan baca isi kandungannya.


1. Advanced Power Menu

Kalau biasa menggunakan custom ROM, ini ialah ciri 'wajib ada' pada custom ROM tersebut. Ketika 'zaman kegemilangan' saya bersama dengan HTC One X, kesemua custom ROM pasti ada Advance Power Menu (APM). Disebabkan Lenovo S890 ini kurang pembangun custom ROM, maka Xposed Modules seperti ini adalah penyelamatnya.


2. Auto VPN Dialog Confirm

Jika anda jenis individu yang kerap menggunakan VPN khususnya OpenVPN, maka module ini adalah khas untuk orang seperti anda, kerana dengannya anda tidak perlu lagi menekan butang/tetingkap 'confirmation' untuk menghubungkan rangkaian pada telefon bimbit anda dengan servis VPN.

3. Disable Google Network Location consent

Fungsi module ini juga adalah lebih kurang sama dengan Auto VPN Dialog Confirm. Kebiasaannya ketika anda tandakan pada kotak untuk membenarkan Google menggunakan lokasi anda, akan muncul tetingkap 'confirmation'. Jadi module ini mematikan atau 'membuang' kotak tersebut dari pandangan anda.

4. Enable Swiftkey Prediction on More Fields

Bagi pengguna Swiftkey seperti saya, module ini membantu dari segi penambahan 'prediction' pada ruang-ruang yang kebiasaannya ia tidak muncul, contohnya ruang log masuk e-mel, laman-laman web dan lain-lain lagi. Sejauh yang saya guna, sedikit-sebanyak module ini menjadikan Swiftkey lebih berguna ketika mengisi maklumat diri.

5. GravityBox

Siapa yang tak kenal dengan GravityBox? Sebuah tool yang sangat berguna untuk 'Heavy Tweaker'. Didalamnya terkandung pelbagai tweaks yang biasa terdapat dalam custom ROM. Statusbar, Navigation bar, Recent tasks RAM bar dan pelbagai lagi tweaks yang boleh buat anda tidak habis seharian mengkajinya.


6. Music2SD

Anda pengguna tegar Google Play Music? Jika ya, maka sila gunakan module Xposed Music2SD untuk menjadikan setiap lagu yang anda muat turun ditempatkan secara automatik ke dalam sdcard.

7. RemoveUSBStorageWarning

"If you turn on USB storage, some apps you're using will stop and may be unavailable until you turn off USB storage"

Ok, module Xposed RemoveUSBStorageWarning ini akan 'membuang' kotak amaran di atas. Ringkas tetapi membantu mata yang 'berbulu' melihat kotak amaran setiap kali menggunakan ruang simpanan USB.

8. XBlast Tools

XBlast Tools ialah sebuah aplikasi yang sama fungsinya dengan GravityBox. Penuh dengan tweak yang boleh menjadikan telefon bimbit pintar anda mencapai potensi maksima. Tetapi anda perlu faham dengan baik dan gunakan dengan betul supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak baik. "With great power, comes great responsibility".


9. XVolume

XVolume meningkatkan 'volume steps' sama ada kepada 30 atau 45 'steps'. Jadi anda boleh meningkatkan atau mengurangkan bunyi dengan lebih baik dari versi stock ROM.

10. YouTube AdAway

Dengan rilisan versi terbaru aplikasi rasmi YouTube, kini Google menempatkan iklan secara rawak di dalam aplikasi itu. Meskipun terdapat aplikasi seperti AdAway atau AdFree untuk Android, namun ia tidak membantu dalam membuang iklan-iklan tersebut. YouTube AdAway bertindak menapis dan seterusnya membuang iklan, jadi anda tidak akan terganggu lagi selepas anda memasang module ini.
Powered by Blogger.