Haboque Ferus - Penggodam Touch 'n Go

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disebabkan saya pertama kali menulis di blog ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Akif Rabbani, umur 16 tahun, kepakaran dalam PHP dan MySQL.

Hari ini saya akan menulis tentang seorang pakar dalam bidang penggodaman, yang kehebatannya sudah tentu akan mengejutkan pembaca semua.




Mungkin ada antara anda yang mengenali Haboque Ferus, yang dahulunya terkenal dengan kepakarannya melepasi sistem sekatan Touch 'n Go dan seterusnya menggunakan telefon bimbit beliau sebagai modul Touch 'n Go.

  

Kini setelah lebih setahun mendiamkan diri, Haboque Ferus telah kembali dengan mengubahsuai modul yang dibangunkannya dahulu dengan menggunakan telefon pintar Nexus 4. Menurut temubual ringkas yang kami adakan dengan beliau, sistem NFC telefon bimbitnya telah diubahsuai dengan mengubah cip yang digunakan NFC dengan cip RFID supaya boleh berhubung dengan sistem Touch 'n Go.



Kami berbangga penggodam Malaysia sudah mencapai tahap yang sama seperti penggodam lain di negara luar, walaupun kami diberitahu ini adalah eksperimen untuk tujuan pembelajaran, membuktikan konsep 'wave' dalam fizik. Kami berharap Haboque Ferus boleh meneruskan pencapaian yang hebat ini di masa yang akan datang.
Powered by Blogger.