Tongbu: Aplikasi Pengurusan Semua Dalam Satu Untuk Peranti iOS


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagi pengguna iDevices sudah tentu anda tahu itunes dan peranti anda tidak dapat dipisahkan. Ini kerana jika anda ingin menambah lagu, video atau gambar ke peranti anda mesti melalui itunes bukan. Di sini saya ingin kongsikan aplikasi yang boleh menggantikan itunes iaitu Tongbu. Kenapa saya mencari alternatif kepada itunes? Ini disebabkan saya telah pun authorize(memberi kuasa) akaun itunes saya melebihi 5 kali. Setiap akaun itunes hanya dibenarkan untuk authorize itunes maksima sebanyak 5 kali sahaja.

Kenapa perlu authorize itunes? Ini kerana jika anda ingin membuat fail sandaran (backup) peranti iOS, anda perlu memberi kuasa kepada itunes untuk membenarkan fail sandaran dibuat untuk semua fail didalam peranti anda. Jika anda tidak memberi kuasa diperlukan, maka fail aplikasi yang ada di dalam peranti anda akan dipadamkan sepenuhnya. Membuat fail sandaran sangat penting jika anda ingin mengemas kini firmware anda ke rilisan yang terbaru.

Jika anda sambungkan peranti anda maka paparan ini akan kelihatan

 Klik pada contact jika anda ingin membuat fail sandaran, operasi sama juga pada sms.

Klik pada Apps jika anda ingin mengurus aplikasi anda seperti kemaskini atau backup.

Cara untuk backup semua aplikasi.


Salah satu fungsi yang saya suka ada dalam perisian ini adalah File Manager. Jika sebelum ini saya menggunakan iFunbox untuk salin dan tampal fail ke dalam iphone contohnya fonts dan mod fail untuk game, kini hanya dengan aplikasi Tongbu semua tugas dapat dijalankan dengan sempurna tanpa perlu memasang aplikasi lain.

Sebenarnya banyak lagi anda boleh lakukan dengan aplikasi ini, tetapi anda cubalah sendiri. Saya cuma boleh bagi beberapa contoh sahaja. Anda juga boleh memasang perisian crack dengan menggunakan aplikasi ini, serta buang fail cache anda.

Untuk muat turun perisian Tongbu untuk Windows sila klik pautan tersebut: [Link]

Selamat mencuba..
Powered by Blogger.