Tutorial Menggunakan OpenVPN Pada Android

Salam semua. Susulan permintaan yang 'hangat' dari para pembaca dan sahabat-sahabat sekalian, berikut saya tuliskan kaedah untuk menggunakan OpenVPN pada peranti Android masing-masing.

Apa yang anda perlukan untuk menggunakan OpenVPN ialah:

1. Telefon bimbit Android yang sudah di-root.

2. Akaun OpenVPN. Pilihan saya sudah semestinya MyTunnel VPN dan FinchVPN.

3. Otak yang boleh berfikir dan hati yang sabar.

Baiklah. Mari kita teruskan kepada kaedahnya. Jangan buang masa lagi. Pertama sekali, muat turun OpenVPN Installer, dan OpenVPN Settings:

a) OpenVPN Installer

b) OpenVPN Settings

1. Kemudian, buka OpenVPN Installer, dan klik pada 'Install'.


2. Seterusnya, pasangkan binary OpenVPN pada direktori /system/xbin seperti gambar di bawah:


3. Pilih /system/xbin/busybox ifconfig


4. Setelah itu, sila berikan akses root pada aplikasi OpenVPN Installer, dan tunggu sehingga selesai pemasangan binary.





5. Salin config servis OpenVPN pilihan anda pada folder 'openvpn' yang terletak pada root sdcard. Jika folder tersebut tiada, sila buat folder baru dan rename ia kepada 'openvpn'. Rujuk pada gambar di bawah:


6. Ini ialah contoh fail-fail config yang telah saya salin ke dalam folder openvpn tersebut.


7. Kemudian, buka aplikasi OpenVPN Settings, berikan akses root kepadanya, dan tick (centang/tanda/klik) pada 'OpenVPN' untuk menghidupkan OpenVPN. Setelah itu, tick pada mana-mana pelayan (server) pilihan anda dan tunggu sehingga ia selesai disambungkan kepada pelayan tersebut.


Nota kaki: Untuk sesetengah servis contohnya MyTunnel VPN, anda perlu sunting (edit) terlebih dahulu fail 'credential.txt' yang berada dalam config untuk mengubah nama pengguna (username) dan kata laluan (password). Sila tuliskan nama pengguna dan kata laluan yang sama dengan log masuk servis tersebut.

Untuk sesetengah servis yang lainnya seperti FinchVPN, anda hanya perlu salin config sahaja kerana maklumat nama pengguna dan kata laluan sudah dimasukkan dalam config ovpn.
Powered by Blogger.