Lenovo S930 Review (Malaysia)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gajet adalah medium pengantara antara komunikasi manusia, baik yang muda atau tua pasti memilikinya, apa tah lagi anak kecil?

Tentu pembaca artikel ini juga memiliki gajet yang canggih kan? Pastinya keperluan gajet ini adalah satu kemestian bagi kita. Pelbagai perkara boleh kita lakukan untuk mengisi masa terluang, tetapi...jangan lupa tanggungjawab jika anda seorang suami/ isteri.

Oppss..saya bukan nak bersyarah tetapi ingin berkongsi dengan anda. Terima kasih daun keladi kepada admin kerana sudi memberi saya ruang untuk berkongsi dengan pembaca OMG! Hackers?.

Anda pernah dengar telefon pintar mudah alih LENOVO?

Alihkan perhatian anda kepada jenama ini sebentar kerana ianya lebih berbaloi dari jenama lain yang tidak ingin saya sebutkan *tentu anda tahu*. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penggunaan Lenovo S930 yang saya beli pada Disember 2013. Saya ingin imbas kembali pengalaman saya mengenai penggunaan telefon pintar mudah alih jenama lain yang pernah saya guna. Bagi saya ianya memang menepati citarasa. Tetapi jika anda seorang yang mementingkan nilaian harga yang rendah tetapi berbaloi, saya sarankan anda menggunakan Lenovo.

Dari segi penggunaanya sangatlah 'superb'. Saya beri anda spesifikasi telefon pintar mudah alih ini dahulu jika anda ingin bandingkan dengan jenama lain;



Sumber : GSM Arena

Harga pasaran sekitar kuala lumpur adalah RM1100.00. Jika anda ingin dapatkannya, pastikan ianya bukan AP set atau klon.

Gaming:

Peranti ini menggunakan pemproses MediaTek MT8582, Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7, dan menggunakan PowerVR SGX544 sebagai pemproses grafik. Dari segi prestasi untuk kepermainan (gaming), saya memang tiada komen buruk mengenai telefon ini kerana setiap permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi seperti Nova 3, Modern Combat 4: Zero Hour, Dead Trigger 2, dan lain-lain lagi yang 'dilontarkan' kepadanya memang tiada masalah dari segi lagging dan sebagainya.

Setiap permainan dapat dimainkan dengan cemerlang sekali. Tiada lag, tiada glitch, tiada komplen. Hehe..

Kualiti Audio:

Seperti yang dapat anda lihat pada spesifikasinya, Lenovo S930 dikuatkuasakan dengan 'Dolby Digital Plus Sound Enhancement'. Selain itu, ia mempunyai dua speaker yang ditala ke depan, tidak seperti telefon-telefon bimbit pintar lain yang ditala ke belakang. Tak lupa juga dua speaker tersebut bunyinya teramatlah cemerlang, dan ia juga stereo, maka setiap video atau apa juga bunyi yang keluar melaluinya amatlah memuaskan hati. Saya mesti pilih! Hahaha!

Kualiti Kamera:

Kamera belakang yang dimuatkan dalam peranti ini beresolusi 8MP, beserta flash. Kamera di depan pula beresolusi 1.6MP, cukup untuk anda buat aksi selfie dan muat naik terus ke laman Facebook. Saya tak dapat nak komen banyak mengenai kamera kerana rasanya ia patut diulas panjang dalam entri yang lain. Tetapi cukuplah saya lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda supaya anda dapat nilai sendiri kualiti gambar dari kamera 8MP-nya:






Jangka Hayat Bateri (Battery Life):

Lenovo S930 dimuatkan bersama bateri removable Li-Po 3000 mAh. Sila abaikan spesifikasi dari GSM Arena yang mengatakan ia non-removable, kerana berkemungkinan ia satu cubaan sabotaj terhadap Lenovo. Hehehe..

Jika anda 'rajin' menggunakan aplikasi seperti Telegram, WhatsApp dan Facebook, serta sentiasa kekal diatas talian dari mula anda discharge, InsyaAllah baterinya boleh bertahan dari 7.00AM hingga 12.00AM. Jadi saya jangkakan kalau ia tidak digunakan secara intensif, baterinya boleh bertahan dalam dua hari. Memang terbaik.

Rumusan:

Kalau anda mahu sebuah telefon bimbit phablet bersaiz besar (6 inci), mempunyai kualiti speaker yang mengagumkan, kualiti kamera yang boleh diharap sentiasa, kualiti bateri yang sangat memuaskan hati, pemproses yang mampu mengendalikan setiap tugas-tugas berat dan gaming yang intensif, maka pakej berkualiti semua dalam satu ini InsyaAllah ada dalam Lenovo S930.

Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membuka mata dan minda kepada jenama ini kerana sebelumnya ia sudah 'well established' dalam dunia Laptop, dan kini ia cuba bersaing pula dalam arena telefon bimbit pintar. Beri peluang kepada Lenovo, dan beri peluang kepada diri anda sendiri untuk merasai teknologi yang cuba dibawa oleh pesaing baru ini.

Saya yakin anda akan pasti berpuas hati.

Powered by Blogger.