Revolusi Lucid Dreaming

Bismillah irRahman irRahim.

Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat hendaknya.

Lucid Dreaming. Apakah yang dikatakan dengan Lucid Dreaming itu? Lucid Dreaming adalah saat di mana kita dapat mengendalikan mimpi kita sesuka hati kita tanpa batasan sempadan akal fikiran kita.

Manfaat Lucid Dreaming.
Pernahkah anda berangan untuk terbang seperti Superman? Berjalan di atas air? Menjelajah angkasa lepas? Menapak ke sesuatu tempat yang belum anda jejaki? Dengan Lucid Dreaming anda mampu mengubahnya. Tidak terbatas kepada itu, ia dikatakan mampu meningkatkan keyakinan diri anda, menambah baik kreativiti anda, serta menakluki ketakutan atau fobia anda.

Tatacara Lucid Dreaming.
Pertama sekali, anda haruslah dalam suasana tenang. Mengawal turun naik nafas anda, dan kenakan baju tidur yang tidak ketat dan merimaskan anda. Penggunaan audio seperti Binaural Beats juga dapat membantu anda mencapai Lucid Dreaming. Ketakutan adalah musuh nombor satu kepada Lucid Dreaming, anda harus berani! Buang rasa takut anda jauh jauh. Beg plastik hitam kan ada, sumbat ketakutan anda dalam beg plastik hitam, dan campakkan ke dalam tong sampah hijau DBKL.

Kaedah Lucid Dreaming.
Peka terhadap mimpi; ketika anda merasa, melihat, atau mendengar sesuatu yang aneh dan pelik yang tidak mungkin anda temukan di dunia nyata, segera tanyakan pada diri anda, apakah anda sedang bermimpi. Jika anda dapat mengetahui yang anda sedang bermimpi, anda telah berjaya menapak ke dalam dunia Lucid Dream dan apa lagi anda tunggu? Jelajah lah mimpi anda!

Tanya diri sendiri; sekerap yang anda mampu, sewaktu melakukan aktiviti harian anda, tanyakan pada diri anda, "apakah aku bermimpi?" ulang seberapa banyak persoalan ini dalam aktiviti seharian anda sama ada ketika makan, minum, menandas, mengular, mengorat awek 7eleven, atau apa sahaja aktiviti anda sehingga anda akan terbiasa untuk menanyakan soalan tersebut pada diri anda. Ini akan melatih otak anda bertanyakan soalan yang sama ketika anda bermimpi. Jika anda berjaya bertanyakan soalan tersebut ketika anda bermimpi, anda berjaya Lucid Dreaming.

Menulis jurnal mimpi; sediakan pen dan jurnal anda di sebelah bantal busuk anda tidur, kerana hampir semua orang melupakan mimpinya setelah lebih kurang satu jam mereka bangkit dari tidur. Selepas anda tersedar, capai pen dan jurnal anda, tunggu apa lagi? Tulis lah apa yang anda mimpikan. Angelina Jolie ke, Miley Cyrus ke, crush lama anda ke, apa yang anda mimpikan, tuliskan kesemuanya dalam jurnal anda walaupun tak ingat semua, jangan biarkan jurnal anda kosong.

'A' untuk awake; ketika anda berada di dalam dunia sebenar, tulis huruf 'A' di telapak tangan anda selagi anda terjaga. Apabila ini menjadi kebiasaan anda, anda akan terbawa bawa ke dalam mimpi anda dan apabila anda melihat huruf 'A' tersebut di dalam mimpi anda, anda berjaya Lucid Dreaming.

Melihat kembali jurnal mimpi; apa yang anda tulis, lihat semula jurnal yang telah anda tulis, ini mengingatkan anda terhadap mimpi mimpi sebelumnya, yang tanda tandanya mungkin akan kembali muncul dalam mimpi anda seterusnya, dan ini memudahkan untuk anda menyedari yang anda sedang bermimpi.

Lucid Dreaming dan Astral Projection tidak banyak bezanya. Untuk lebih faham tentang Astral Projection, anda boleh beli ebook yang ditulis khas oleh saudara Arya Putra kita. Rakyat Malaysia sedikit terkebelakang dari sudut spiritual dan semisal nya. Rajin kan diri anda dengan mengisi bahan bacaan seperti ini untuk memantapkan pemahaman kita.

Extra Tidbits : ebook karangan Arya Putra ada diskaun. Rugi kalau tak beli. Dan maafkan saya, tiada gambar gambar susulan untuk anda tatap sebab saya malas nak merangsang otak anda melihat gambar sahaja. Baca baru dapat hadam :D

Saya yang masih gembira merapik,
Mim Jawi

Log Keluar.

Powered by Blogger.