Revolusi Telegram

Bismillah irRahman irRahim.

Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat kepada seluruh umat manusia hendaknya.

Rasanya dewasa ini kita sedia maklum bahawa kehadiran lambakan aplikasi pesanan ringkas , dari WhatsApp Messenger sehinggalah ke Blackberry Messenger . Dari Wechat sehinggalah ke LINE sebagai pengganti kepada sistem pesanan ringkas SMS dan panggilan suara yang amat penting dalam perhubungan jarak jauh antara anak dan ibunya, isteri dan suaminya, kekasih dah buah hatinya, pekerja kolar putih dengan skandalnya bahkan ianya tidak terbatas sekadar batasan geografi dan garis jalur politikal buat para penduduk planet ketiga dalam galaksi bima sakti yang tercinta ini.

Namun begitu, racikan dan repekan kali ini bukanlah berkisar tentang WhatsApp Messenger atau aplikasi sezaman dengannya, tetapi lebih kepada Telegram, satu buah tangan terbaik dari syarikat Telegram LLC buat penggemar aplikasi seperti WhatsApp Messenger.

Beberapa kelebihan Telegram yang ternyata selangkah ke hadapan mendahului WhatsApp dari beberapa sudut pandang yang akan membariskan Telegram duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah aplikasi ternama lainnya.

Sebelum saya melalut dan ke laut lebih jauh lagi, di sini saya sertakan sedikit sebanyak deskripsi tentang Telegram yang insyaAllah bakal menarik minat pembaca setia OMGH antaranya ;

 1. Rahsia dan Selamat.
Aplikasi kegemaran ramai, WhatsApp sedikit terkebelakangan dari sudut ini dengan hadirnya aplikasi WhatsApp Sniffer yang menunjukkan setiap apa yang anda bualkan boleh dihidu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi tidak Telegram, setiap butir rangkaian mesej Telegram anda sangat terenkripsi dan berupaya untuk self-destruct bagi mengelakkan ianya dari diakses pihak yang tidak bertanggungjawab insyAllah .

Seperti yang tertera pada rajah di sebelah, beberapa ciri ciri keselamatan disediakan kepada pengguna Telegram berbanding WhatsApp.

2. Sehinga 200 Pengguna dalam satu Kumpulan.

Seperti tertera pada rajah, ini adalah satu berita menggembirakan, Telegram mampu menampung sehingga 200 pengguna dalam satu kumpulan berbanding hanya 50 bagi servis yang sama yang disediakan oleh pihak WhatsApp.

3. Cloud-Based.
Tidak cuma seperti WhatsApp yang hanya boleh diakses pada satu peranti dalam satu masa, dengan Telegram anda boleh mengakses pesanan anda melalui beberapa peranti.

4. Percuma.
Berbanding WhatsApp yang hanya percuma kepada pengguna untuk tahun pertama penggunaan, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kos penyelenggaraan kerana Telegram menyediakan perkhidmatannya dengan percuma selamanya dan tiada caj bulanan.

5. Berkuasa.
Dengan Telegram, anda tidak lagi perlu menyunting video dan gambar yang ingin dihantar. Telegram menyediakan perkhidmatan ini dengan fail bersaiz sehingga 1Gb.

6. Mesra pengguna.
Rujuk rajah betapa gembiranya pengguna Telegram dengan servis yang disediakan.

Cukup sampai disini ceritera tentang Telegram Messenger dan beberapa ciri ciri termasuk kelebihan Telegram berbanding aplikasi gergasi sedia ada, WhatsApp Messenger khasnya.

$day = TELEGRAMINSTALLDATEHERE;

if (Today == $day) {
echo 'HAPPY TELEGRAMMING!';
} else {
echo 'Entah Zaman Bila orang main Waksap';
}
 

Saya yang gembira merapik,
Mim Jawi,

Log keluar.
Powered by Blogger.