Penyelesaian Masalah Duplicate dan Blank Contacts

Assalamualaikum kepada pembaca OMG! Hackers? yang disayangi.

Kini bertemu kembali untuk review 2 buah aplikasi android yang berada di Playstore.

Mula sekali saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda pernah mengalami masalah di bahagian contact phone anda mempunyai dua atau lebih nama yang sama? Ada contact yang nama tetapi tiada nombor? Jika ya maka aplikasi ini adalah penyelesaian kepada anda untuk mendelete satu persatu yang kadangkala sehingga beratus-ratus bahkan beribu.

Semestinya anda akan berasa tidak selesa dengan hadirnya contact yang sama atau contact yang tiada nombor. Bagaimana ianya terjadi? Kebiasaanya akan terjadi disebabkan Sync Apps yang mempunyai nombor yang sama, anda cuba membuat backup dari sim ke phone, anda tersilap export contact sehingga berkali-kali yang menyebabkan ianya menjadi sama.

Aplikasi pertama ialah dinamakan Duplicate Contacts by Alex Accaci.
Aplikasi ini mampu mencari segala contact yang ada di dalam phone sama ada berada di phone, simcard atau applikasi yang telah sync seperti facebook, telegram, whatsapp dll. Secara automatik dia akan tick yang sama contact dan akan tinggalkan satu sahaja. Seterusnya anda boleh tekan button "Delete Selected" untuk padam kesemuanya yang sama.

Download Here




Aplikasi kedua ialah Contacts Cleaner by Crave.


Aplikasi ini menyediakan dua jenis versi iaitu versi percuma dan berbayar. Jika anda hanya ingin membuang contact yang tiada nombor phone sahaja maka versi percuma sudah memadai untuk anda. Aplikasi ini membenarkan anda membuat backup sebelum anda memadamkan semua contact yang tidak mempunya telefon nombor.

Versi Percuma menyediakan :-

Delete contacts without name/names
Delete contacts without phone number
Delete contacts from Facebook
Delete contacts from Google+

Download Here




Selamat mencuba dan selamat meninggalkan masalah kenalan yang sama dan tiada nama atau no telefon.

_____________________________________________________________________________

Sekadar Perkongsian dipetik dari Buku Khutbah Rasulullah sempena Malam Jumaat.

Patuh Kepada Pemimpin

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata :

"Selepas peninggalan saya, akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin-pemimpin ini, terdapat mereka yang baik dan ada juga yang jahat. Taati dan patuhi pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang benar. Solat di belakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan, ganjarannya bagi kamu semua dan bagi pemimpin tersebut. Tetapi sekiranya, pemimpin melakukan keburukan, kalian tetap mendapat ganjaran dan pemimpin tersebut mendapat dosa"

(Direkodkan oleh at-Tobari dalam buku Al-Ausath.)

Credit : Angelezo Sharing
Powered by Blogger.