Aero Glass untuk Windows 7 Starter, Home Basic

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mungkin ada dalam kalangan sahabat OMG! Hackers? merupakan pengguna komputer riba mini (notebook/netbook) masih menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 Starter mahupun edisi Home Basic. Umum mengetahui, kedua-dua sistem pengoperasian ini tidak didatangkan dengan fungsi Aero Glass. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditampung oleh perkakas komputer itu sendiri. Kita semua sudah maklum bahawa komputer riba mini dicipta khusus untuk melakukan tugasan kerja. Namun, ketidaksenangan ketika melakukan kerja boleh wujud melalui antara muka yang sedikit bosan dan tidak meriah seperti Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate, Bussiness mahupun Windows 8. Oleh sebab itu, diciptakan sebuah "patch" khusus untuk membawa kemeriahan kepada "desktop" anda.

Aero Patch dibangunkan oleh Mr. duSHA dari laman web Askvg.com. Alat ini dibina bertujuan untuk memberi keserian kepada "desktop" anda segara tanpa banyak ragam. Hal ini perlu dimanfaatkan oleh anda khasnya pengguna Windows 7 Starter dan Home Basic. Saya hanya mencuba pada sistem pengoperasian Windows 7 Starter sahaja. Sehingga kini, aplikasi ini tidak memberi atau menunjukkan sebarang masalah dan segalanya berjalan dengan lancar. Oleh itu, amat saya galakkan penggunaan alat ini bagi menghidupkan suasana persekitaran desktop yang lebih mengancam dan indah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu kerja anda. Siapa yang tidak suka akan keindahan?

Cara Penggunaan.

1. Muat turun aplikasi tersebut [di sini]. 
2. "Extract" fail tersebut. Kata laluan ialah [omghackers.com].
3. Jalankan aplikasi Aero Glass (Patch)
4. "Restart" komputer anda. Kemungkinan komputer anda akan "restart" secara automatik.
5. Sesudah "restart", klik kanan pada bahagian "desktop" dan pilih Personalize.
6. Mulakan dengan merubah hiasan latar belakang dengan gambar berdefinisi tinggi dan Aero Glass berserta warna yang menarik.

Sebelum.
Selepas - Kelihatan antara muka "desktop" anda lebih menyerlah.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Powered by Blogger.