Cara Upgrade/Update Lenovo S930 Kepada KitKat 4.4.2

Bertemu lagi kita hari ini. Buat para pengguna Lenovo S930 yang berhati waja, keras seperti batu, tidak kisahkan warranty, dan yang paling penting sekali mempunyai IQ yang agak tinggi seperti Hajime Kindaichi, maka tutorial pada kali ini didekasikan untuk anda.

Saya yakin dan pasti ramai pengguna S930 yang teruja sebenarnya dengan 'kehadiran' ROM rasmi dari Lenovo untuk naik taraf sistem masing-masing kepada versi terbaru Android 4.4.2. Namun buat pengguna yang tidak biasa dengan 'kaedah' telefon bimbit pintar dari negara China ini pastinya termanggu-manggu, dan tertunggu-tunggu akan tutorial yang mudah faham untuk mereka.

Saya kembali hadir untuk 'menyelamatkan' otak anda dari kebakaran akibat fius yang berfungsi secara intensif apabila berfikir dengan mendalam akan bagaimana caranya untuk menaik taraf sistem telefon anda. Heheheh..

Jadi apa yang anda perlukan?

Muat turun Custom ROM S930_S129[Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88

Muat turun fail Stock Recovery S930 : Shared.com

Muat turun fail TWRP Recovery 2.6.3 Lenovo S930 : Shared.com

Tak suka TWRP? Tak mengapa. Muat turun ClockworkMod Recovery : Shared.com

Muat turun fail kemas kini OTA: VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930

Jika stock ROM anda berasaskan ROW (Rest Of The World), maka anda perlu kepada satu langkah tambahan iaitu flash ROM CN (China based firmware). Ini adalah kerana ROM 4.4.2 KitKat ini berasaskan kepada firmware China, dan jika anda terus cuba menaik taraf dari ROW, apa yang akan berlaku hanyalah booloop yang tiada penghujungnya.

Jadi, buat yang baru dalam 'bidang' ini, anda tahu bagaimana caranya untuk 'flash'? Tidak? Baiklah. Caranya adalah mudah sebenarnya. Jika anda tekun belajar sendiri, tak perlu anda inginkan kepada 'perkhidmatan' orang lain sehingga di-cas dengan bayaran yang mahal. Saya tidak kisah tentang orang yang ingin 'berbisnes' dengan khidmat flash ini, cuma yang saya hairankan benda yang senang mengapa anda tidak mahu belajar sendiri?

Apa yang anda perlu untuk flash?

Muat turun SP Flash Tool : Shared.com

Paparan SP Flash Tool adalah sepeti di bawah:


Buat mereka yang sudah pun menggunakan firmware CN, anda boleh terus flash stock recovery untuk membolehkan anda mengemaskini OTA menggunakan stock recovery tersebut. Sila pastikan anda telah menanda pada pilihan 'USB Debugging' melalui Developer Options.

Salin fail VIBEUI_V1.5_1416_2_ST_S930 ke dalam sdcard anda, lalu rename ia kepada 'update.zip'. Nak rename sebelum itu melalui PC pun tidak mengapa, asalkan anda tidak lupa untuk menyalinnya ke dalam sdcard.

Setelah itu, matikan telefon bimbit anda, cabut baterinya, dan sambungkan ia kepada kabel USB yang telah terhubung kepada PC anda.

Buka SP Flash Tool, klik pada 'DA DL ALL With Check Sum', dan kemudian klik pada 'Scatter-loading':


Seterusnya, cari fail scatter iaitu 'MT6582_Android_scatter' yang berada dalam direktori 'stock recovery' yang telah anda ekstrak, lalu klik padanya:


Klik 'Open':


Akhir sekali klik 'Download':


Klik pada 'Yes':


Selepas itu, masukkan kembali bateri telefon anda dan tunggu sehingga proses selesai. Apabila selesai sahaja proses flash stock recovery, anda perlu masuk ke dalam stock recovery tersebut menggunakan kombinasi butang volume up, volume down yang ditekan serentak, dan kemudian tekan butang power sehingga telefon dihidupkan, tetapi jangan lepaskan butang volume up dan down.

Apabila muncul sahaja paparan stock recovery, anda sudah boleh lepaskan kedua-dua butang tersebut. Pilih bahasa - 'English', lalu pilih 'Update'. Ia akan mencari fail 'update.zip' yang telah anda salin tadi dan akan melakukan proses kemaskini. Tunggu sehingga proses selesai, dan apabila telah selesai sahaja proses update, reboot telefon anda.

Kini anda telah pun menggunakan VIBEUI V1.5 Android 4.4.2 KitKat.

Akan tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang menggunakan ROM ROW? Bagaimana pula kaedahnya? Seperti yang saya katakan di atas, anda perlu flash ROM berasaskan CN. Anda sudah muat turun fail ROM [Custom ROM] S930_S129_131030 mod by keylock88? Sudah? Bagus.

Seperti biasa, sila pastikan telefon bimbit anda telah ditandakan 'USB Debugging' melalui Developer Options. Matikan telefon anda, dan cabut baterinya. Sambungkan telefon anda dengan kabel USB ke PC.

Ekstrak fail ROM, letakkan ia dalam mana-mana direktori yang anda suka pada PC anda. Kemudian buka SP Flash Tool, tandakan pada 'DA DL ALL With Check Sum', lalu klik pada 'Scatter-loading':


Setelah itu, masuk kepada folder S930_S129_131030_RU - FULL RU - klik pada fail 'MT6582_Android_scatter'. Sudahkan kerja anda dengan menekan butang 'Firmware -> Upgrade':


Sesudah itu, masukkan kembali bateri telefon anda, lalu tunggu sehingga proses ini selesai. Apabila ia telah pun tamat, cabut kabel USB, lalu reboot telefon bimbit anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah apabila anda telah pun selesai menyiapkan tetapan pada telefon bimbit anda, ini bererti anda telah menyiapkan proses flash ROM CN.

Seperti yang saya katakan tadi, jika anda telah menggunakan ROM CN, apa yang anda perlu lakukan hanyalah salin fail update.zip, flash stock recovery, dan kemudian kemaskini OTA melalui stock recovery tersebut. Dalam bahasa mudahnya, anda cuma perlu ikut sahaja tutorial ini dari mula.

SELESAI!

Tutorial ini merupakan tutorial yang telah diubahsuai sesuai dengan selera bahasa saya, ihsan (kredit kepada) dari forum Lepakspot.

Saya harap tutorial ini sedikit-sebanyak dapat membuka mata anda terhadap cara flash ROM dan recovery untuk model-model telefon bimbit pintar Lenovo.

Sampai kita berjumpa lagi pada tutorial seterusnya!


Powered by Blogger.