Perbaiki Signal Penerima GPS Telefon Yang Menggunakan MediaTek

Sebelum saya memulakan kembali entri tutorial yang telah lama saya tinggalkan ini, apa-apa pun maafkan sekiranya terdapat kekurangan. Parang yang telah lama tidak diasah beginilah jadinya.

Namun saya ingin mulakan dengan tutorial mengenai kaedah memperbaiki signal penerima GPS bagi setiap telefon bimbit pintar yang menggunakan chipset MediaTek, dan penyelesaian ini adalah berdasarkan masalah software based (berasaskan perisian), dan bukan hardware based (berasaskan perkakas). Kerana jika ia telah terlibat dengan masalah hardware, tiada lain yang dapat dilakukan melainkan anda terpaksa hantar peranti anda untuk tuntut waranti.

MediaTek bukanlah chipset terbaik dalam hal penerimaan signal GPS. Seringkali pengguna mempunyai masalah untuk 'lock' satelit bagi kegunaan GPS pada peranti mereka. Akan tetapi terdapat cara yang mudah untuk memperbaikinya. Apa yang anda perlukan hanyalah:

1. Peranti yang sudah root
2. Mana-mana root explorer/root file manager. Saya pilih Solid Explorer.
3. Fail EPO yang terbaru.

Anda boleh muat turun fail-fail EPO terbaru melalui pautan di bawah:

1. EPO.DAT
2. EPO.MD5

Kaedahnya:

1. Anda perlu salin dan tampal kedua-kedua fail ke dalam direktori data/misc

2. Tetapkan permission kepada -rw-r--r--


3. Anda boleh cuba mana-mana aplikasi yang memerlukan GPS, seperti Papago, Ulysse Speedometer, dan lain-lain.


Untuk kaedah tambahan bagi memperbaiki lagi signal penerima GPS, anda boleh rujuk laman di bawah:

Gizbeat 101: GPS Not Working On MTK6592 MTK6582 MTK6589 MTK6577 MTK6575!

Atau juga melalui video-video di bawah:

How to fix / repair GPS on Chinese smartphones - MTK6592 6589 GPS FIX - S4 jiayu G4 Umi X2 [HD]

How to fix / repair GPS on all Chinese smartphones - MTK65XX [HD]


Powered by Blogger.