Review Lenovo A850+

Review Lenovo A850+

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Terasa cepat masa berlalu dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang ni. Diharap anda yang membaca entri saya pada kali ini sihat-sihat belaka..

Entri pada kali ini saya nak ceritakan mengenai A850+ yang dijual harga pasaran pada RM569.00. Mungkin harganya anda boleh dapatkan lebih murah dari saya dan kena rajin buat survey. Sebenarnya entri ni dah lama saya nak kongsikan..tetapi kekangan masa membuatkan saya menangguhkan untuk seketika.

Saya adalah pengguna tegar Lenovo buat masa ini dan saya akan cuba kongsikan pengalaman saya menggunakan A850+.

Dibawah ini saya sertakan spesifikasi untuk anda:



Sumber:

Gaming:

Pelbagai games telah saya muat turun dari Playstore dan ianya sangat mengagumkan dengan kerana tiada istilah ‘Lag’. Contoh games tersebut adalah Respawnables, Robocop, Clash of Clans, Dead Trigger, The Walking Dead dan lain-lain. Sesuai dengan penggunaan pemproses MediaTek MT6592M, ARM Cortex-A7, Cpu Core 8 (Octacore), GPU ARM Mali-450 MP4, RAM 1024 mb memang sangat-sangat berbaloi untuk anda.

Jangka Hayat Bateri

Bateri Lenovo A850+ dikuasakan dengan 2500 mAh yang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam (7 pagi – 11 malam) walaupun anda kaki games yang tegar atau selalu menggunakan whatsapp/ telegram/ wechat dan lain-lain aplikasi sosial.

Storan

Bagi Storan pula disediakan sebanyak 4gb storan dalaman dan ada slot bagi memory card. Bagi mereka yang memerlukan storan yang besar perlulah mencari Sd Card ya.

Kualiti Audio

Bab kualiti audio ni, jika anda menggunakan ROM standard tanpa sebarang modifikasi, kualitinya boleh kata ok-ok atau biasa-biasa saja. Kalau anda hendakkan kualiti audio yang lebih bagus lagi, seperti biasa perlu root dahulu dan pasang Viper4Android untuk peningkatan kualiti audio kepada tahap yang lebih memuaskan. Speaker belakang yang disediakan berbunyi dengan agak kuat, jadi anda tak perlu bimbang mengenainya.

Kualiti Kamera

5MP kamera yang terletak di belakang bukanlah kamera terbaik pada telefon bimbit yang saya pernah gunakan sebelum ini. Namun, ia juga tidaklah begitu teruk sehingga menjadikan setiap gambar penuh dengan noise mahupun pixelated. Gambar di bawah ini adalah contoh yang saya ambil dengan hanya menggunakan resolusi 4MP sahaja:


Aspek Keseluruhan

Dari segi reka bentuk, A850+ tak terkalah dengan telefon bimbit pintar yang lainnya. Ia mempunya rekaan yang terasa seperti 'getah' di bahagian belakangnya, dan ini memberi ciri pegangan yang premium. Dari segi spesifikasi hardware pula, pemproses Octacore memberi kelebihan kepada para gamers yang sememangnya menantikan kehadiran peranti berprestasi tinggi tetapi diletakkan dengan harga yang mampu milik.

Jadi jika anda rasa A850+ merupakan telefon bimbit pintar yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda, maka anda boleh dapatkan di mana-mana booth atau kedai telefon terdekat kerana ia telah dijual dengan begitu cepat sekali pada waktu ini.

Powered by Blogger.