Pengenalan Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermula pada hari ini saya akan menulis tutorial bahasa pengatucaraan atau lebih dikenali sebagai programming. Tetapi sebelum itu saya ingin memberikan sedikit pengenalan asas berkaitan dengan programming.



Apa itu code program?


Program komputer adalah satu set arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas. Arahan-arahan ini merupakan kod program atau 'code'.

Apa itu Kod Sumber (Source Code)

Source Code adalah set arahan komputer yang ditulis menggunakan bahasa pengatucaraan yang boleh dibaca oleh manusia atau programmer (pengatucara)

Bahasa Pengatucaraan(Programming Language)

Bahasa pengatucaraan atau programming language adalah set peraturan kata kunci(keyword) direka untuk mewujudkan arahan(command) yang komputer dan boleh memproses atau menjalankan tugas yang ditetapkan. Contoh bahasa pengatucaraan C, Pascal, Phyton, Java, Fortran dan sebagainya.

Setiap keyword dan arahan adalah ditetapkan untuk compiler dan interpreter untuk menterjemahkannya setiap baris kod kepada bahasa mesin (machine language). *Menterjemahkan daripada high level programming language kepada low level programming language.

Bahasa Pengatucaraan Aras Rendah (Low Level Programming Language)

Low Level Programming Language adalah arahan yang khusus kepada microprocessor (CPU). Machine language dan assembly language adalah low level programming language.

Contoh Assembly Language:
    Start: .org $8020
    SEI
    LDA #$80
    STA $0315
    LDA #$2D
    STA $0314
    CLI
    RTS
    INC $D020
    JMP $EA31

 Bahasa Pengatucaraan Aras Tinggi (High Level Programming Language)

High Level Programming Language menggunakan kata-kata perintah dan tatabahasa berdasarkan bahasa manusia untuk menyembunyikan asas tahap rendah bahasa perhimpunan. C, Java, Ada merupakan contoh high level programming language.

Contoh C Programming Language:
#include<stdio.h>

main()
{
    printf("Hello World");


}



*Update : 10/6/2014
Powered by Blogger.