Tutorial C++ Bahagian 4: Pengenalan 'Variables' (Pembolehubah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Variable merupakan lokasi di dalam komputer yang digunakan untuk menyimpan sesuatu data sementara program dijalankan. Setiap input dan output untuk variable memerlukan declaration (pengisytiharan). Nama kepada variable juga dikenali sebagai identifier. Untuk declare variable beberapa peraturan atau syarat perlu dipatuhi.



Peraturan Untuk Memberi Nama Kepada Identifiers:

  1. Bermula dengan huruf
  2. Hanya boleh mengandungi:
    • Huruf
    • Nombor
    • Underscores, _
  3. Special Symbol tidak dibenarkan
  4. Space @ Jarak tidak dibenarkan
  5. Bukan “Reserved Keyword”
  6. Nama Identifier adalah case sensitif

Untuk senarai 'reserved keyword' boleh check disini

Untuk declare sesuatu variable perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat di atas
Contoh Identifier:


Data Types (Jenis Data)

Kegunaan data type ini bertujuan untuk mengawal jenis data yang disimpan.
Contoh Data Types:


Kesemua data type di atas merupakan asas kecuali string. String adalah data type yang ditambah melalui class, dimana ia merupakan sekumpulan arahan untuk membentuk objek. Oleh sebab, untuk menggunakan string anda perlu menambah #include <string> pada file header. 

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 









Powered by Blogger.