Tutorial C++ Bahagian 5: Declare Variable - Data Type "char"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Artikel kali ini bertujuan untuk mengajar anda cara untuk "declare variable" dan cara untuk menggunakannya. Artikel ini juga ada sambungan daripada artikel yang lepas, bagi sesiapa yang belum baca pengenalan anda boleh click disini.




Sebelum memulakan tutorial ini, anda perlu memahami perkara paling asas, anda boleh baca di sini. Saya akan cuba untuk mengajar anda untuk guna Data Type char. Variable ini anda boleh dianggap ia sebuah bekas, dan Data Type itu adalah jenis bekas apa dan apa yang boleh di simpan di dalam bekas tersebut.



Contoh penggunaan Data Type char:




Penerangan:

Line 7 :
char hacker = 'a';
char adalah data type yang digunakan untuk declare variable.
Manakala hacker pula adalah identifier atau nama kepada variable yang kita declare.
hacker = 'a'; ini dipanggil initialize value, dimana kita memberi nilai awalan kepada variable ini. Maksudnya disini nilai awal untuk variable hacker ialah a. Untuk menggunakan dan memasukkan nilai awal pada Data Type char anda perlu menambah quote, "  ''  ". Apa sahaja yang berada di dalam quote dikira nilai data kepada char tersebut. Contohnya 'a'. 

Line 9:
cout << hacker << endl;
Baris ini bermaksud display nilai bagi variable hacker. Bermakna apa sahaja nilai yang di simpan di dalam akan didisplay / diprint.

Merujuk kepada jadual di atas Data Type jenis char hanya boleh menyimpan satu sahaja character pada satu masa. Jika anda memasukkan lebih dari satu character, maka ia hanya mampu untuk menerima satu sahaja nilai.

Contoh:




Penerangan:

Dalam variable hacker dimasukkan beberapa nilai iaitu abcdefgh. Tetapi apa yang berlaku variable hacker hanya menerima dan menyimpan nilai yang paling akhir atau last sekali. Oleh sebab itu nilai h disimpan di dalam variable hacker dan didisplay di dalam DOS Program. Anda boleh cubanya sendiri, boleh letak apa-apa sahaja nilai.


Harap anda dapat memahami tutorial yang serba ringkas ni. Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen atau email terus ke felices.catus@gmail.com 
Powered by Blogger.