Maaf sila aktifkan javascript.

Apa Beza Antara Bytes Dengan Bits?

Apabila menyebut tentang internet, tidak dapat tidak kita tak boleh lari daripada menyebut tentang kedua unit ini. Bytes vs Bits. Berikut adalah terjemahan unit-unit tersebut yang saya salin dari About.com:
A bit is a single numeric value, either '1' or '0', that encodes a single unit of digital information. A byte is a sequence of bits; usually eight bits equal one byte.
Untuk memudahkan pemahaman anda:

1 Byte = 8 Bits


Kebiasaannya, Penyedia Servis Internet (ISP) gemar menggunakan unit Bits, kerana ia tampak lebih 'besar' pada mata pengguna purata (average consumer). Saya tampilkan contoh berikut:

1 Byte =8 Bits

Jadi, untuk kelajuan SEBENAR, bagi kelajuan muat turun 10Mbps (Megabit-per-second) adalah:

10 Mbps [Megabit-per-second]
=10000 Kbps [Kilobit-per-second]
=1.25 MB/sec [Megabyte-per-second]
=1250 KB/sec [Kilobyte-per-second]

Bergantung kepada perisian yang anda guna, sebagai contoh Internet Download Manager yang menggunakan Megabyte-per-second sebagai unit kelajuan, maka kelajuan 'sebenar' bagi 10Mbps adalah secara purata maksimanya = 1.25 MB/sec.

Saya berharap penjelasan ringkas ini mampu membuatkan anda faham, bahawa kelajuan muat turun yang sebenar diukur atau kebiasaannya ditunjukkan melalui/menggunakan unit MB/sec. Unit Megabit hanya digunakan oleh ISP untuk tujuan promosi kepada pengguna purata yang kebiasaannya hanya akan nampak nombor-nombor yang lebih besar.

Siapa yang tidak suka dengan kelajuan 30Mbps bukan?

30Mbps = 3.75MBps

Sekian.


Powered by Blogger.