Klien Android FinchVPN Menambah Google In App Purchase

Salam.

Ya, seperti yang saya sebutkan, klien Android untuk servis OpenVPN tersohor di Malaysia iaitu FinchVPN, kini telah pun mengimplementasi ciri naik taraf langganan akaun biasa kepada langganan akaun premium hanya melalui In-App Purchase, yang mana bayarannya dibuat melalui Google Play Store.

Gempak bukan?

Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil ketika mencubanya:






Apa yang saya suka mengenai FinchVPN ialah selain dari paparan antaramuka klien Androidnya yang teratur, serta laman web yang tersusun dengan baik dansentiasa dikemaskini maklumatnya melalui Facebook atau Twitter, ia juga menawarkan senarai pelayan yang agak banyak, terutamanya yang boleh digunakan untuk memuat turun fail-fail dari laman Torrent. Port yang disediakan juga lebih mencukupi untuk para 'heavy users' melakukan 'tweak' terhadap rangkaian masing-masing.

Jadi apa tunggu lagi? Muat turun klien FinchVPN sekarang dan langganlah akaun Premium untuk menikmati kesemua pelayan-pelayan Premium yang super pantas dan lebih banyak pilihan.

Klik : FinchVPN - Free & Premium VPN


Powered by Blogger.