Snap Camera HDR Review

Aplikasi telefon bimbit pintar pada masa kini bukan lagi seperti dulu, hanya dikod secara 'pejam mata' sahaja. Sekarang ia sudah semakin canggih, seiring dengan tuntutan semasa spesifikasi telefon bimbit yang juga semakin canggih dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa.

Snap Camera HDR ialah sebuah aplikasi kamera yang dilengkapi dengan ciri High Dynamic Range (HDR).


Tonton dahulu video menarik mengenai aplikasi ini:


Snap Camera HDR berfungsi dengan cara mengambil 2 gambar yang sama (posisi) pada 2 exposure yang berbeza. Nilai exposure ini boleh diubah dalam tetapan aplikasi, dan terdapat juga pelbagai tetapan lain yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan penilaian masing-masing akan manakah yang terbaik.

Selain itu, paparan antaramukanya juga ringkas, dan hanya meletakkan butang paling penting dihadapan iaitu butang penangkap gambar pegun dan juga video.

Anda boleh mengikuti perkembangan pembangunan aplikasi ini melalui thread di forum XDA : [App][2.3+]Snap Camera

Berikut saya paparkan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil dah jadikan sebagai 'bahan eksperimen' kepada aplikasi kamera ini:






Anda boleh mencuba terlebih dahulu Snap Camera HDR (Trial) di sini :

Snap Camera HDR - Trial

Setelah berpuas hati dengan percubaan anda, anda boleh membeli aplikasi ini melalui pautan berikut, pada harga serendah RM6.80 sahaja:

Snap Camera HDR


Powered by Blogger.