GOM Web-VPN Review

Terdapat sesetengah dari pengguna akhir yang tidak mahu menggunakan sesuatu perisian secara 'rumit'. Ada daripada kita yang hanya mahu 'klik-klik-klik dan siap'. Dari itu wujud pelbagai jenis servis yang ditawarkan hanya melalui plugin/addon atau extension pada pelayar web sahaja.

Samalah halnya dengan GOM Web VPN. Ia merupakan satu servis VPN, yang ditawarkan dalam bentuk extension pelayar web Google Chrome. Pada pengguna akhir yang bukan 'IT Nerd', ini mungkin salah satu jalan penyelesaian mudah kerana dengan hanya memasang extension sahaja, mereka akan dapat menikmati apa yang pengguna VPN lain nikmati seperti:

1. Dapat melepasi sekatan terhadap laman web.

2. Dapat menyembunyikan alamat IP sebenar.

3. Lebih privasi ketika melayari internet, dan lain-lain lagi.


GOM Web VPN didatangkan dalam dua versi langganan iaitu percubaan (trial) dan juga premium (berbayar).


Setakat beberapa hari saya mencuba servis ini, kelajuan ketika melayari laman-laman web adalah agak bagus. Tetapan (setup) juga adalah ringkas kerana anda cuma perlu klik untuk pasangkan extension, seterusnya buat satu akaun, dan siap.

Jika anda berminat dengan servis ini, anda boleh klik pada salah satu pautan di bawah untuk mencubanya:

GOM Web VPN (Official Web Site)

GOM Web VPN (Chrome Web Store)

Untuk para pengguna Firefox anda mungkin berminat untuk mencuba Cocoon.


Powered by Blogger.