Menyelami Ciri Android : Apa Itu Root?

Saya mendengar pelbagai bebelan di internet berkaitan ciri Android yang tersembunyi ini. Pelbagai 'tohmahan' dilemparkan oleh mereka yang bergelar 'IT Nerd a.k.a IT Geek'. Kadang-kala saya terdengar pelbagai 'cerita 'tak sedap' yang datang dari mulut mereka yang bekerja di unit ICT itu sendiri. Aneh sekali..

Kembali kepada akar cerita. Jadi sebenarnya, apa itu Root? Benarkah Root itu sejenis aplikasi? Benarkah Root itu sejenis akaun tertinggi dalam sistem Android? Apakah sebenarnya faedah Root itu sendiri? Adakah ia dapat menambah baik sistem? Mengapakah ia 'disorokkan'?

Dan juga 1001 persoalan bermain di minda! Mari saya singkapi, satu demi satu agar jelas, saya ulangi agar JELAS pada mata semua bahawa Root itu adalah sangat MENARIK! Saya ingin anda tahu bahawa:

Manusia kebiasaannya akan takut pada sesuatu yang mereka TIDAK FAHAM! Dan hakikatnya kebanyakan pengguna baru sistem operasi Android tidak faham bagaimana cara kerjanya, apatah lagi mahu memahami apa itu Root. Sudah tentu dalam minda terbayang ianya sesuatu yang tidak bagus kerana selalu mendengar perkataan BRICK, BRICK, dan juga BRICK!

Apapun sebelum kita terus mendalami dan saya pula terus memanjangkan artikel kali ini, adalah lebih baik saya ingatkan anda di luar sana supaya KAJILAH dahulu sebelum bercakap apa-apa. Dahulu waktu kali pertama saya menggunakan sistem operasi Linux, perkara pertama yang saya lakukan sebelum menulis artikel ialah saya mengkaji bagaimana ia berfungsi, cara kerjanya, dan mengapa pengguna Linux mengatakan ia bebas dari virus. Kajilah dan selamilah, nescaya anda akan peroleh lebih pengalaman berbanding orang lain.


Root : Apa Itu Root?

Terlebih dahulu, lebih baik anda fahami, bahawa:

'Android is based on Linux'

Pautan untuk rujukan:

1. Android and Linux re-merge into one operating system

2. Linus Torvalds on Android, the Linux fork

3. Android is Based on Linux, But What Does That Mean?

Sedikit quote untuk anda fahami:
In Linux, the term root refers to the superuser of a system. In reference to the directory structure of a Linux system, however, the term root directory refers to the starting point of every single directory and file. The root directory, sometimes referred to as /, is the base of the directory structure. Just as Windows has C:, Linux has /.
root is the user name or account that by default has access to all commands and files on a Linux or other Unix-like operating system. It is also referred to as the root account, root user and the superuser.
The word root also has several additional, related meanings when used as part of other terms, and thus it can be a source of confusion to people new to Unix-like systems.
One of these is the root directory, which is the top level directory on a system. That is, it is the directory in which all other directories, including their subdirectories, and files reside. The root directory is designated by a forward slash ( / ).
Root privileges are the powers that the root account has on the system. The root account is the most privileged on the system and has absolute power over it (i.e., complete access to all files and commands). Among root's powers are the ability to modify the system in any way desired and to grant and revoke access permissions (i.e., the ability to read, modify and execute specific files and directories) for other users, including any of those that are by default reserved for root.
Rujukan : linfo.org

Jadi 'term' Root ini secara RINGKASNYA lebih mudah difahami bagi Android, jika ia bukan berkaitan dengan sistem fail, ianya adalah akaun superuser, diulangi AKAUN SUPERUSER atau dalam Windows dipanggil sebagai Administrator. Berfungsi sebagai akaun 'tertinggi' hirarkinya dan mempunyai akses ke semua direktori, serta boleh menukar, mengubah. memadam, memasang, dan 'me-me' yang lain lagi dalam sistem Android. Errr.. Ok kan ayat tu?

Akaun ini biasanya diimplementasi dalam sistem Android dengan menggunakan aplikasi Superuser, yang mana ia mempunyai bermacam-macam nama, contohnya SuperSU, Superuser, Superuser (by Koushik Dutta), Kinguser, dan pelbagai nama lagi. Namun, semuanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendapatkan akses root pada peranti Android.

Ke Mana Hala Tuju Selepas Root? Apa Faedahnya? Boleh Jadi Laju ke Henfon?

Seperti 'manusia' biasa, situasinya adalah sama. Jika anda memperoleh kenaikan pangkat, apakah yang akan anda lakukan? Bersihkan rumah sendiri? Ohhh.. Mungkin tidak.. Mungkin anda lebih selesa dengan orang gaji bukan? Ya.. Samalah halnya.. Selepas Root anda boleh 'bersihkan' Android anda dengan bantuan aplikasi seperti SD Maid. Kan anda sudah ada orang gaji tu?


Apabila sudah mempunyai kuasa, bukankah anda lebih selesa memecat sahaja lambakan pekerja yang banyak menghabiskan duit anda, sedang anda tidak pernah pula 'menggunakan' khidmat mereka. Begitu jualah halnya dengan lambakan bloatwares - iaitu aplikasi sedia ada dari kilang yang didatangkan bersama firmware telefon bimbit anda. Kebanyakan darinya tidak pernah anda gunakan, tetapi tanpa Root tidak pula boleh anda buangkan ia.




Kenapa Ia Disorokkan? Kenapa Peranti Tidak Didatangkan Bersama Root?

Ohhh.. Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah peranti yang mendatangkan ciri Root ini bersama dengan firmware dari kilang. Jangan tak tahu ya! Contohnya peranti dari Lenovo, yang kebiasaannya datang dalam keadaan pre-rooted. Cuma bukanlah semua peranti begitu, hanya sesetengah sahaja. Tetapi kenapa pihak pengilang memilih untuk 'menyorokkan' ciri ini secara lalai (default)?

Anda kena faham, untuk jadi bos, ada liku-liku susah yang perlu dihadapi. Bukan senang nak senang, bukan juga susah nak susah. Apa yang pasti, Root, perlu difahami dan dikaji. Bukan sewenang-wenangnya diberi kepada sesiapa sahaja yang mendambakannya. Tanpa kajian dan pemahaman (yang mana ia memakan masa dan usia), peranti boleh brick dalam sekelip mata sahaja.

Perlukah saya terangkan dengan lebih mendalam lagi?

"With a great power comes a great responsibility!"

Sesiapa sahaja yang secara tiba-tiba mencari bos tanpa ilmu yang mencukupi, bukan saja dia akan merosakkan syarikat, bahkan saja akan mendatangkan kerugian kepada semua yang terlibat.

Kuasa tanpa ilmu, adalah sesuatu yang sia-sia. Tiada hasil, tiada nilai.

Penutup Yang Bukan Penutup

Saya sebenarnya masih belum puas menulis. Saya ulangi sekali lagi, saya masih belum puas menulis. Masih panjang lagi 'bebelan' yang ingin saya luahkan namun tak terluah dek kekangan masa. Namun cukuplah anda tahu dan faham, bahawa saya ingin menyampaikan mesej:

Cukuplah, jangan lemparkan tohmahan kepada Encik Root. Beliau tidak bersalah atas apa jua alasan anda. Jika telefon anda rosak, brick, andalah yang bersalah kerana tidak mengkaji. Sekian.

Rujukan Lain :

1. Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

2. Encik Google yang kacak.


Powered by Blogger.