[Review] Aplikasi Google Camera

Assalamualaikum,

Reviu kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi kamera android yang mungkin telah ramai orang tahu dan saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.

Melihat keadaaan semasa rata-rata sebagai pengguna telefon pintar semakin kreatif dan hebat menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti menggunakan sebuah kamera dslr. Tidak dinafikan pelbagai aplikasi kamera yang lain di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dari aplikasi ini.

Apa yang ingin saya tekankan aplikasi ini amat sesuai untuk seseorang yang jenis mementingkan kesederhanaan tapi hasil yang terbaik kepada gambar yang mereka ambil.


Ok mari saya ceritakan apa fungsi-fungsi yang ada pada Google Camera ini.

Kamera ini mempunyai 5 Fungsi utama iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur, Camera, dan Video. Setiap fungsi-fungsi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mengikut kreativiti user untuk memilih fungsi yang sesuai untuk menghasilkan gambar yang hebat.

Photo Sphere

 
Fungsi ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar sesuatu sudut di tempat yang lebih luas. Ianya boleh dikawal bermula dari kiri ke kanan atau atas kebawah mengikut dot yang telah ditetapkan dan hasilnya sangat hebat

Panorama

 

Apa yang menarik tentang fungsi panorama ini adalah bukan seperti aplikasi kamera lain yang biasa saya jumpa yang hanya memberi kita mengambil panorama dari kiri ke kanan sahaja. Pada Google Camera menawarkan anda mengambil panorama secara menegak, segi empat dan bulat (Fish Eye). Ianya sangat menarik bagi saya.

Lens Blur

 

 

Lens blur seperti yang semua sudah maklum ianya mengambil sesuatu objek yang mempunyai dua bahagian iaitu sharp dan blur. Kita boleh adjust sama ada untuk setting sharp di bahagian-bahagian tertentu mengikut cita rasa seseorang itu.

Camera




Fungi utama bagi sebuah aplikasi kamera iaitu mengambil gambar. Ini yang saya katakan simple but nice pada mula artikel. Fungsi ini mempunyai timer, grid, HDR (hanya pada telefon pintar Nexus 5), Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Video


Tidak lengkaplah jika sesebuah aplikasi kamera tidak didatangkan sekali dengan fungsi rakaman video. Ciri-ciri yang ada pada fungsi video adalah Grid, Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Apa yang membuatkan fungsi Camera dan Video menjadi lebih menarik?
 
Ianya pada setting aplikasi ini yang menawarkan fungsi menukar resolusi wide screen (16:9) atau biasa (4:3). Kini ciri terbaru yang telah dikemaskini oleh Google iaitu kawalan dari jauh dengan menggunakan Google Wear Devices.

Requirements:

• Works on phones and tablets running Android 4.4+ KitKat
• Photo Sphere and Panorama require a gyro sensor (not available on Moto G)
• Photo Sphere, Panorama, and Lens Blur require at least 1 gigabyte of memory
• HDR mode only on Nexus 5

Akhir kata dari saya, lihatlah rakaman gambaran aplikasi Google Camera dari saya.



Dapatkan aplikasi ini secara percuma di Google Play

Repost from Angelezo Sharing
Kredit : Droid-Life and Android Police
Powered by Blogger.