Perkhidmatan Memotong Lagu Secara Atas Talian Percuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada ketika kita berkeinginan untuk memotong (cut) sesebuah lagu untuk dijadikan sebagai nada dering pemanggil pada telefon bimbit atau telefon pintar kita. Seiring dengan kemajuan teknologi yang dikecapi pada hari ini. Kita dibekalkan dengan pelbagai perkhidmatan yang dapat digunakan pada pelbagai peranti. Perkhidmatan seumpama ini hadir dalam pelbagai bentuk dan kaedah penggunaan. Dari mudah ke sukar dan daripada perkhidmatan percuma kepada berbayar dengan fungsi dan ciri-ciri tambahan.

Kali ini, saya akan kongsikan beberapa perkhidmatan atas talian yang dapat anda gunakan secara mudah dan percuma. Oleh sebab, perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang berasaskan atas talian, anda memerlukan sambungan internet bagi menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

1. Online MP3 Cutter



Perkhidmatan mudah dan percuma yang memiliki antara muka ringkas ini perlu menjadi pilihan utama anda untuk memotong lagu secara atas talian. Hanya tiga langkah mudah yang perlu anda turuti, anda akan memperoleh hasil yang menakjubkan. Selain itu, anda dapat memotong lagu yang telah dimuat naik daripada beberapa perkhidmatan storan awan seperti Google Drive dan Dropbox selain daripada penggunaan secara terus melalui pelokasi sumber seragam (uniform resource locator - url).

2. MP3 Cutter


Masih mengekalkan antara muka yang mesra pengguna. Antara muka yang bercorak kebunga-bungaan menarik minat dan mengurangkan tekanan anda semasa menyunting sesebuah lagu. Selain itu, kemudahan ketika pengunaan yang diketengahkan oleh perkhidmatan di bawah jenama MP3 Cutter ini boleh menjadi penangkap mata liar anda. Segalanya dapat dilakukan dalam satu halaman sahaja. MP3 Cutter harus diberi perhatian umum oleh anda sebagai alternatif perkhidmatan memotong lagu secara atas talian yang percuma.

Assalamualaikum
Powered by Blogger.