Qmmp: Pemain Muzik Seperti Winamp Untuk Linux

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama saya tidak mengarang sebuah artikel yang menceritakan perihal Linux. Hari ini saya hadir dengan sebuah artikel ringkas tentang sebuah perisian pemutar lagu pada sistem pengoperasian Linux yang dikenali sebagai Qt-based Multimedia Player atau Qmmp.


Qmmp dibina berasaskan Qt. Berfungsi untuk memainkan fail lagu berformat .mp3, .ogg, .flac dan sebagainya. Qmmp juga merupakan perisian "cross-platform", oleh itu Qmmp tersedia untuk FreeBSD dan Windows. Kelebihan antara muka menyerupai pemain muzik Winamp menjadi galakan untuk anda memasang perisian pemutar muzik ini.



Kaedah Pemasangan


1. Arch Linux 
Muat turun: https://www.archlinux.org/packages/?q=qmmp
2. Ubuntu/ Linux Mint
$ sudo add-apt-repository ppa:forkotov02/ppa -y
$ sudo apt-get update
$ sudo apt-get install qmmp qmmp-plugin-pack

Untuk mendapatkan antara muka pemain muzik Qmmp, klik [di sini] dan antara muka menyerupai Winamp Classic, klik [di sini]

Cara Pemasangan "Skins"

1. Klik kanan di bahagian atas Qmmp dan pilih Settings.


2. Pada bahagian Appearence, Skins, pilih +Add...
3. Cari "skins" yang anda inginkan pilih Open.
4. Tetapkan "skin" yang baru dimuatkan tadi dan klik Close.



Sekian, assalamualaikum.
Powered by Blogger.