Mr Hoverboard, Oh Wow..

Pernah terfikir tak untuk mempunyai sebuah skateboard? Kalau skateboard yang boleh terapung a.k.a Hoverboard pula macam mana?

Ahaaa.. idea itu telahpun 'diterjemahkan' ke dunia nyata oleh seorang manusia dari Barat yang bernama Ryan Craven. Biasanya benda-benda macam ni kita cuma dapat lihat dalam filem-filem sahaja. Tetapai beliau berjaya mencipta sebuah Hoverboard yang katanya mampu untuk dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Ianya dinamakan sebagai Mr Hoverboard Kacak. Ok, yang kacak tu takde, saya memandai tambah. Keh keh keh..

Idea beliau adalah dengan menggunakan sebuah papan skateboard dan 4 buah Leaf Blower (dalam bahasa Melayunya apa ya?).

Leaf Blower

Lihat gambar Mr Hoverboard di bawah:


Alahhh.. tengok gambar tak beberapa nak faham dan tak jelas ye tak. Meh tengok video dekat bawah. Kalau kuota habis pergi cari kedai mamak berhampiran. Jangan malu-malu nak minta password hokeh!


Anda teringin? Buat sendiri la! Ada tutorialnya yang disediakan di laman web rasmi Mr. Hoverboard:

Klik saya kalau anda kacak atau comel ---> Build Your Mr Hoverboard

Maaf lah saya letih nak terjemahkan tutorial itu ke dalam Bahasa Melayu. Panjang sangat. Lagipun blog ni jadi terlalu 'overly technical' bak kata founder Drippler (masih tak habis lagi isu Drippler ni, geram betul rasanya..).

Baiklah. Apa pandangan anda? Rasanya di masa akan datang dapat tak kita merasa bermain dengan Hoverboard ni? Saya rasa mungkin, tapi berat badan nak kena turunkan dulu la. Errr..

Ye lah kalau naik atas Hoverboard ia tak nak terapung tak ke malu? Tak pun tiba-tiba dengar bunyi 'prappp'. Jangan cakap saya tak ingatkan anda pula. Hehehe..


Powered by Blogger.