[Review] Fleksy Keyboard

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keyboard -- komponen paling penting bagi sesebuah smartphone. Hari ini saya ingin bercerita tentang Fleksy.


Fleksy ialah 3rd party keyboard extension dan input method untuk peranti touchscreen yang memperbaiki kelajuan dan ketepatan traditional tap-typing input melalui enhanced autocorrect dan gesture control.

Fleksy hadir dengan dua versi -- Percuma dan Pro (RM6.91). Lebih murah dari sekotak rokok John Dunhill.

Didatangkan dengan lebih 30 bahasa dan lebih 700 emoji, Fleksy amat mudah untuk dioperasikan oleh pengguna yang baru mencubanya. Apabila anda menggunakan Fleksy untuk pertama kali, anda akan dipandu oleh tutorial yang mengajar anda bagaimana untuk menggunakannya.

Salah satu ciri utama Fleksy ialah gesture -- dari auto-correct scrolling, memasukkan space, menggunakan titik dan koma, memadam, memadam space, sehingga mengaktifkan fungsi extension -- number pad, invisible keyboard, Rainbow Pops semuanya boleh dibuat dengan hanya beberapa swipe mudah.

Bagi mereka yang bukan peminat gesture, ia bukanlah satu masalah, tetapi anda akan terlepas semua keseronokan menggunakan Fleksy.

Customising Fleksy



Fleksy boleh personalised dari SMS, Device Dictionary, Facebook, Gmail mahupun Twitter. Setiap daftar kata baru, anda boleh memasukkannya ke dalam dictionary mengikut kehendak anda.



Badges and Stats -- anda boleh menyemak tahap kecekapan Fleksy dan mengumpul badges setelah anda mencapai sesuatu task yang disediakan.


Extension -- anda boleh memilih bagaimana untuk anda ingin menyesuaikan keyboard anda. Terdapat beberapa extension yang boleh anda pilih antaranya;

Invisible Keyboard -- boleh diaktifkan keyboard lutsinar dengan hanya dengan swipe kebawah dan hold serta swipe keatas dan hold untuk menyahaktifkannya.

Rainbow Pops -- setiap tapping akan menghasilkan effect pelangi yang menarik.

Launcher -- menjalankan aplikasi pilihan anda dari extension row yang disediakan. Sangat berguna bagi seseorang yang multitasking.

Dan beberapa extension lain yang tidak kurang menarik untuk dicuba.

Apa yang paling menarik perhatian mengenaik Fleksy ialah reka bentuk yang menarik, auto-correct engine serta handy gesture support. Go grab your Fleksy now.

Saya yang gembira membantu,
MiM Jawi. Signing Out.
Powered by Blogger.