5 Perisian Untuk Memantau Penggunaan Internet (Kelajuan, Bandwidth)

Seringkali diajukan soalan ini kepada saya "Mr. Hac, macam mana nak pantau network komputer kita? Ada perisian atau cara tak?"

Ini adalah jawapan saya. Saya suka menggunakan perisian-perisian di bawah (tanpa menurut turutan). Ianya amat mudah digunakan, sekaligus melancarkan pekerjaan. Cuma suka untuk saya ingatkan ada antaranya merupakan perisian berbayar.

1. PRTG

Apa yang menarik mengenai perisian ini? Ia mempunyai paparan antaramuka berasaskan web dan juga yang boleh dipasang pada komputer anda. Perisian ini mampu menjadi pemantau kepada apa saja yang melalui rangkaian anda. Dari sekecil-kecil data sehinggalah kepada yang menyebabkan 'kesesakan'.

Perisian ini boleh mengesan perisian lain yang banyak menggunakan data, dan ini termasuklah Torrent. Jadi kepada anda yang merasakan ada orang yang 'mencuri' data rangkaian anda dan menikmatinya secara percuma, silakan mencuba.



Klik -> PRTG Network Monitor

2. WFilter

Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang dapat memantau e-mel, mesej-mesej melalui aplikasi/perisian, menyekat laman-laman web yang *ehem*, tak lupa juga menyekat peer-2-peer, ini adalah perisian yang paling sesuai. Jika anda tidak mahu membayar harga yang mahal untuk perisian 'filter' seperti Websense, ia adalah alternatif yang terbaik.

Klik di sini untuk melihat kesemua protokol yang mampu disekat oleh perisian ini : WFilter supported protocols



Klik -> WFilter

3. NetWorx

Kalau anda jenis pengguna Celcom yang tidak mahu beralih dari Telco itu, dan ingin memantau dengan ketat bandwidth anda, saya sarankan NetWorx. Ini adalah kerana paparan laporan yang diberikan anda sangat jelas, tepat dan teliti.

Apa yang menarik ia boleh memutuskan sambungan dari seseorang pengguna kepada rangkaian jika ianya telah melebihi had tertentu yang telah ditetapkan melalui perisian tersebut. Hmmm.. ganas ni.



Klik -> NetWorx

4. Net Guard

Perisian dari Cucusoft ini adalah sebuah perisian ringkas. Tetapi ia padat dengan info-info penting dalam rangkaian, selain mempunyai pelbagai ciri yang mampu membuatkan anda sehari-suntuk menelaahnya.

Ia boleh menetapkan berapa GB bandwidth yang boleh digunakan dalam tempoh sebulan, selain memantau penggunaan internet secara teliti dari kesemua perisian-perisian yang ada. Paling penting sekali, ianya PERCUMA.


Klik -> Cucusoft Net Guard

5. NetSpeedMonitor

Dalam banyak-banyak perisian, ini adalah yang paling saya suka. Kerana saya lebih minat kepada sesuatu yang lebih ringkas, tetapi lebih infonya. NetSpeedMonitor adalah ibarat Internet Speed Meter pada Android. Selain PERCUMA, ianya memaparkan kelajuan internet rangkaian secara langsung.

Ia juga mempunyai laporan lengkap berkaitan penggunaan internet harian dan bulanan. Walaupun tidak boleh digunakan untuk menyekat penggunaan internet, tetapi bagi mereka yang gemar melihat kelajuan internet seperti saya, ini adalah perisian wajib pasang. Kali terakhir dikemas kini adalah pada tahun 2010, jadi berkemungkinan ini adalah 'dead project'. Pun begitu, kalau ia boleh digunakan dengan sempurna, kenapa mahu menolak bukan.



Klik -> NetSpeedMonitor


Powered by Blogger.