Babak-Babak 'Cliche' Dalam Filem Melayu

Mungkin akan ada sesetengah dari anda yang berkata, "Ehhh Mr. Hac, macam takde kena-mengena je dengan niche blog ni? Musykil la.."

Siapa yang cakap dunia perfileman tiada kaitan dengan IT saya rasa patut masuk Tabika KEMAS balik. Tak pun masuk Tadika PASTI. Saya PASTI anda akan kembali normal.

Bukan apa. Dari tahun lepas saya hendak karang entri ini. Tetapi selalu saya tangguhkan dengan alasan 'malas nak dengar kritikan'. Cuma apabila saya lihat filem Melayu sejak kebelakangan ini lebih 'teruk' kualitinya dari biasa, maka jari-jemari halus keyboard warrior ini telah tergugat keimanannya.

Apa Itu Cliche?

Menurut Wikipedia, cliche ialah :

"A cliché or cliche is an expression, idea, or element of an artistic work which has become overused to the point of losing its original meaning or effect, even to the point of being trite or irritating, especially when at some earlier time it was considered meaningful or novel."

Bahasa Melayunya, untuk mudah faham, cliche/klise adalah karya/idea/elemen yang terlampau kerap digunakan sehingga menyebabkan ia menjadi sesuatu yang memualkan. Sebu perut bila tengok separuh jalan, muntah hijau bila paksa diri untuk tengok sampai habis.

Begitulah serba-sedikit pengertiannya. Senang cerita idea yang asyik diulang-ulang dan kita juga tahu penyudahnya adalah cliche. Jadi, mari kita cuba lihat serba-sedikit babak-babak cliche dalam filem-filem atau drama-drama Melayu.

Dalam Filem Seram:

1. Mesti ada satu watak yang percaya kepada hantu, manakala ada satu lagi watak yang akan pasti berkata "Ahhh, takde apa-apa lah tu, itu semua mainan imaginasi je. Jangan takut, hantu tak wujud". Makna kata ada satu watak yang percaya dengan hantu, ada satu lagi watak tak percaya, dan sentiasa jadi watak spoilkan babak seram. Ceh..


2. Ada watak bomoh baca mantera semerah padi. Apa yang pasti tak seram langsung babak tu. Tak perlu pun tak mengapa. Filem seram Tamil tak guna watak bomoh pun seram juga. Ehhh seram giler ler senang cerita.

3. Ada watak mak kepada Adlin Aman Ramlie jadi nenek hantu. Dah takde nenek lain ke nak upah berlakon? Respek la sikit dengan Mak Mah, mentang-mentang dia dah tua korang pengarah filem ni bagi dia jadi nenek hantu je. Kejadahnya? Tak seram lagi dah tahu? Watak tu sangat menjemukan dan terlampau.. cliche!

4. Sikit-sikit mimpi. Sikit-sikit mimpi. Tak boleh ke wujudkan satu babak tanpa peranan mimpi untuk suatu keadaan yang logik? Bila terjaga dari mimpi elok pulak hantu tu baring betul-betul dekat sebelah. Mimpi tu apa peranannya pula?


5. Mesti ada babak dekat bilik air. Tengah gosok gigi hantu lalu dekat belakang. Tak pun tiba-tiba paip air terpasang dengan sendiri. Plup, plup, plup, bunyi air jatuh. Atau waktu tengah mandi tiba-tiba bermandikan darah. Arghhh.. bosan!

6. Solekan hantu sama ada tak 'real', ataupun terlalu mengikut filem korea ala Ju-on. Pernah tak tengok filem Chandramukhi? Solekan Jyothika tidak terlalu melampau 'hantunya', tapi kesan dari lakonan beliau ia jadi seram. Seram betul lah! Heheh..


8. Anda tambah sendiri lah.

Dalam Drama/Filem Komedi/Cinta:

1. Mesti ada watak Datuk, Datin, Tan Sri, Toh Puan, Dan segala macam jenis pangkat besar-besar. Tak sah kalau tiada.

2. Watak lain mesti ada syarikat besar-besar pula, setiap kali keluar kerjanya mesyuarat saja. Bawak beg hitam, pakai kot pakai tie. Tapi bila masuk dalam bilik mesyuarat duduk belakang sikit, laaa, ingatkan bos tadi.

3. Wajib ada watak dua insan bercinta yang akan dihalang oleh perempuan atau lelaki psiko. Get a life la bro, sis. Kumbang bukan sekuntum, bunga bukan sejimbit. Cinta 3 segi lah sangat. Bukan geli lagi dah, tapi dah jadi benci menonton, tahu?

4. Mesti ada babak cubaan merampas syarikat lawan. Kadang-kadang adik cuba rampas syarikat kakak. Abang cuba rampas syarikat adik. Mak nak rampas suami orang. Ehhh..
 Adoi, bosannya.

5. Bawak kereta berjenama, parking di rumah mewah. Ada orang gaji bernama Mak Jah yang tak suka dengan tuannya. Jemu dah tengok.

6. Orang Melayu bercakap dalam Manglish. Melayu + English + Mandarin + 1 Malaysia. Broken English pun tak bunyi macam tu.

7. Ada babak cubaan untuk mengahwinkan antara anak seorang pemilik syarikat dengan seorang pemilik syarikat yang lainnya, sedangkan kedua anak mereka sudah mempunyai pilihan hati masing-masing. Kah kah kah. Senang sangat nak diramal jalan ceritanya.

Dalam Filem Aksi:

1. Watak mesti cakap ala-ala Cina. Lu gua lu gua, lu manyak langsi, wa talak takut. Ceh..

2. Koregrafi perlawanan mesti sama macam filem Ong Bak. Tiada identiti silat Melayu langsung. Malu dengan filem The Raid.

3. Errr.. boleh tambah lagi ke? Sebab macam tak banyak je filem aksi Melayu. Nak fikirkan satu babak pun susah.

Baiklah. Macam mana dengan senarai yang saya tuliskan ini? Cukup? Tak cukup mantap? Apa kata anda tolong 'tambah nasi' melalui ruang komen. Manalah tahu ada pengarah filem yang 'termasuk' ke blog ini secara tak sengaja. Kalau beliau baca bagus juga. Sekurang-kurangnya beliau tahu orang kita sudah muak dengan filem yang entah apa-apa.

Kualiti entah ke mana, kuantiti jangan tanya.


Powered by Blogger.