Evolve OS Beta 1 Dilepaskan : Pesaing Elementary OS? Arch Linux?

Ini adalah antara distro Linux yang baru saya terokai. Evolve OS, sesuai dengan namanya, adalah satu evolusi baru dalam dunia Linux. Bukan sekadar retorik dan manifesto semata-mata, tetapi jika dilihat pembangunannya dari versi alpha, hinggalah kepada terbitnya Beta 1 ini, adalah sangat pantas dan jitu.

Bermula lebih kurang tahun 2013, yang kata pembangun asal projek ini iaitu Ikey Doherty, ia digelar dalam bentuk pra-pra-pra-pra-pra-alpha. Bermaksud ianya tersangat baru, dan apa jua cadangan, pembaikan bugs adalah sangat perlu. Tetapi pada awal tahun 2015 ini, ia akhirnya telah mencapai jua versi Beta yang pertama, menampakkan sebuah progress kerja yang boleh dikatakan laju, dan kerana itu saya katakan ia merupakan pesaing elementary OS.


Jika elementary OS mempunyai Desktop Environment sendiri, iaitu Pantheon Desktop, Evolve OS juga mempunyai DE-nya sendiri iaitu Budgie Desktop. Apa yang menarik, ia tampil sebagai sebuah projek build from scratch, seperti Arch Linux, tanpa bergantung teguh kepada mana-mana kod dari projek lain. Jika Arch Linux mempunyai package manager yang unggul, Evolve OS juga telah pun lari dari mana-mana package manager 'biasa' yang selalu digunakan seperti apt-get dan yum. Untuk Evolve OS, ia menggunakan versi forked dari PiSi package manager, digelarkan sebagai 'eopkg'.


Suka untuk saya ingatkan, Evolve OS hanya hadir dalam versi yang dikhaskan untuk komputer dengan sokongan 64-bit. Jika anda mahu mengetahui serba-sedikit baris perintah menggunakan PiSi/eopkg, anda boleh terus ke forum Evolve OS. Anda juga perlu tahu, disebabkan projek ini masih dalam peringkat pembangunan yang pesat, maka ia masih lagi buggy, dan prestasinya masih lagi belum cukup memberansangkan.

Selain itu, tidak terdapat banyak pakej perisian lagi buat masa ini. Ia masih baru dan segar, jadi anda diminta untuk bersabar.

Cuma, jika anda seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, Evolve OS adalah distro Linux untuk anda.

Sumber : Evolve OS Beta 1 Released


Powered by Blogger.