Facebook Melancarkan Facebook Lite Untuk Peranti Low-End

Tidak pernah terfikir Facebook akan 'pergi' sejauh ini. Waktu wujudnya My Space dulu, tidak pernah terjangkau dek fikiran ia akan 'berkubur' lalu digantikan dengan Facebook. Cuma apabila wujudnya Facebook pula, jauh di ingatan terfikir ia akan menerima nasib yang sama seperti laman sosial lainnya yang dah lama terkubur akibat perkembangan zaman. Tetapi Facebook berjaya memegang prinsip 'to be on top, stay relevant'.

Maka dengan itu terbaru Facebook telah melancarkan aplikasi Facebook Lite, dicipta khusus untuk peranti low-end dengan spesifikasi rendah. Bersaiz lebih kurang 250kb+, ianya amat 'ringan', dan mempunyai hampir kesemua ciri aplikasi Facebook sedia ada, cuma ada beberapa kekurangan, contohnya tidak boleh tag nama sesiapa, tidak boleh save gambar yang anda inginkan, serta tidak mempunyai tetapan khusus. Tetapi, buat mereka yang ingin mencuba aplikasi ini dengan harapan dapat berjimat sedikit untuk kuota, apa lah salahnya kehilangan sedikit ciri.

Apapun sesuailah dengan tujuan ia dicipta, serta kenalah pula dengan saiznya, anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah untuk contoh gambar Facebook Lite:




Melihat gambar, mungkin belum cukup 'feel'. Anda perlu pasangkan dan cuba sendiri. Muat turun apk Facebook Lite di sini : Facebook Lite 1.0.0.0.0 (Official)

Buat masa ini, ia tidak dapat dimuat turun untuk pengguna di negara Malaysia. Jadi anda terpaksa tunggu versi naik taraf dari pautan-pautan tidak rasmi seperti ini.

Sumber berita : Android Police


Powered by Blogger.