Pengguna WhatsApp+ Disekat Sehingga Beralih Ke Aplikasi Rasmi

Setelah melalui zaman populariti yang tinggi sehingga dibeli oleh Facebook dan menjadi 'harta intelek' Facebook itu sendiri, terbaru WhatsApp kini dilihat telah menyekat (banned) para pengguna aplikasi pihak ke-3 iaitu semua jenis WhatsApp+, iaitu versi WhatsApp yang telah diubahsuai.

Kita dapat mengerti perbuatan pengguna-pengguna ini yang beralih ke aplikasi WhatsApp+ dek kerana setelah bertahun-tahun WhatsApp dibangunkan, ia masih lagi 'begitu', tidak dapat menukar tema dan lain-lain lagi ciri yang menurut para 'power user' adalah sangat menjengkelkan, tambahan pula dengan kehadiran ciri 'blue ticks' yang mengganggu privasi.

Sekatan 24 jam dikenakan sehinggalah pengguna WhatsApp+ beralih semula kepada aplikasi rasmi yang boleh dimuat turun di Google Play Store.



Buat masa ini, jika menurut apa yang telah ditulis pada laman FAQ WhatsApp, pengguna akan terus-menerus disekat sehinggalah mereka beralih secara total. Jadi sehingga satu solusi ditemui, aplikasi WhatsApp+ boleh dikatakan R.I.P.

Untuk mereka yang telah pun disekat, apa yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan chat anda ialah dengan membuat salinan sandaran (backup), sama ada melalui Settings - Chat settings - Backup conversations, atau buat pengguna yang telah root peranti masing-masing, anda boleh gunakan aplikasi berkaitan contohnya Titanium Backup.

Untuk pengguna yang belum root, anda perlu menamakan semula (rename) folder WhatsApp (contohnya namakan semula kepada WhatsApp123).

Nyahpasang aplikasi WhatsApp+, pasangkan pula aplikasi rasmi WhatsApp melalui Google Play Store. Namakan semula folder WhatsApp tadi kepada nama asalnya (untuk pengguna yang belum root), cuba log masuk dan restore data-data chat anda. Jika countdown untuk sekatan masih belum berakhir, maka anda perlu tunggu sehingga ianya habis. Untuk pengguna yang sudah root, anda cuba restore data melalui aplikasi Titanium Backup tersebut.

Mungkin para modders aplikasi WhatsApp+ akan mencari ikhtiar untuk menghidupkan semula WhatsApp+, sama ada melalui cara spoof authentication (app signature), atau cara-cara lain, tapi pada saya ianya hanyalah 'temporary workaround'.

Saranan saya, beralihlah kepada Telegram.


Powered by Blogger.