WonderFox New Year Celebration Giveaway 2015 Dilanjutkan Khas Untuk Pembaca OMG! Hackers?

Trafik yang masuk ke blog ini tidaklah banyak. Kalau satu entri boleh mencecah ribuan trafik itu sudah dikira cukup bagus, dan buat masa ini ia sudah jarang sekali berlaku melainkan terdapat itu 'global' yang hangat diperkatakan, contohnya isu PPU Celcom.

Meskipun begitu, WonderFox tetap komited dalam memberikan yang terbaik buat para pembaca OMG! Hackers? apabila salah seorang pembangunnya iaitu Swizz Gervin telah pun memberitahu kepada saya bahawa Giveaway dilanjutkan, khas untuk pembaca OMG! Hackers? sahaja. Jadi WonderFox adalah = Wonderful.


Jika sebelum ini Giveaway akan tamat pada 31hb 1, kali ini ia dilanjutkan ke tarikh 5hb 2, beserta pautan khas. Jika anda masih belum sempat muat turun dan aktifkan perisian anda, kali ini anda berpeluang untuk berbuat demikian.

Mohon jangan lepaskan peluang yang datang sekali-sekala ini kerana bukan satu perisian versi pro yang diberi secara percuma tetapi 2 unit. Ya, anda tidak salah baca, 2 unit perisian versi pro diberikan secara percuma dan anda masih sempat untuk memuat turun dan menggunakannya.

WonderFox telah membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada blog ini. Jadi untuk itu saya minta anda juga membuktikan sokongan anda dengan memuat turun perisian-perisian Giveaway ini dan gunakan ia dengan sebaiknya.


Perisian dari WonderFox ini sangat berguna kepada mereka yang selalu melakukan kerja-kerja menukar format video dan juga mereka yang kerap menggunakan DVD Writer untuk rip DVD. Saya cuma berharap perisian ini akan mempunyai versi untuk sistem operasi Linux di masa akan datang.

Klik pada pautan di bawah untuk muat turun:

Klik -> WonderFox Extended Giveaway



Powered by Blogger.