Bing Rewards : Dapatkan 100GB Ruang Storan OneDrive

Microsoft kali ini berbaik hati untuk memberikan kepada pengguna OneDrive, 100GB ruang storan apabila mereka menyertai Bing Rewards sebelum 28hb Februari 2015.

Buat masa ini jangan fikir dulu apa akan terjadi jika tarikh 2 tahun itu 'expired' atau tamat, kerana selepas 2 tahun saya yakin anda akan sayang dengan ruang sebanyak itu dan pasti ada ikhtiar lain selain membayar dengan harga yang mahal.

Tetapi buat anda yang ingin untuk tidak melepaskan peluang ini, sila log masuk ke akaun Microsoft anda dan pergi pautan Bing Rewards, dan klik pada 'Join Now'.

Selepas selesai, klik pada 'Free Storage'.




Saya sudah, anda bila lagi? Rugi kalau tak ambil peluang ini. Ingat ya, daftar dan sambar sebelum 28hb Februari ini.


Powered by Blogger.