Raspberry Pi 2 akan menyokong Windows 10 secara percuma


Ada yang bertanya, Raspberry Pi itu apa? Jika anda seorang penggemar teknologi komputer, anda mesti mengetahui Raspberry Pi ini.

Raspberry Pi adalah sebuah komputer mini yang berasaskan cip ARM yang bersaiz sekeping kad kredit. Ianya boleh didapati dengan harga yang sangat murah bermula dengan $25 untuk Model A.

Dilancarkan hari ini, Raspberry Pi 2 yang mempunyai spesifikasi yang 2 kali ganda lebih canggih berbanding model sebelumnya dilaporkan akan menyokong Windows 10 dengan sokongan dari pihak Microsoft sendiri.

Laman web pembangun Windows
Raspberry Pi Foundation, syarikat yang membawa Raspberry Pi dilaporkan telah berkerjasama dengan Microsoft selama enam bulan untuk membawa Windows 10 ke platform Raspberry Pi, sekaligus menjadikan lebih banyak sistem operasi yang disokong oleh komputer mampu milik ini.

Anda boleh mendapatkan Windows 10 secara percuma! Tetapi, anda perlu menjadi pembangun aplikasi Windows berdaftar. Disebabkan Windows 10 belum dilancarkan, kita belum boleh melihat bagaimana ianya beroperasi secara 'live'. Sama-samalah kita nantikan.

http://www.raspberrypi.org/raspberry-pi-2-on-sale/
http://dev.windows.com/en-us/featured/raspberrypi2support
Powered by Blogger.