Review Guitar Pro [Amazon Appstore]

Assalamualaikum dan selamat malam readers :)

Artikel ini adalah kesinambungan kepada artikel dari Abang Arya tentang apps yang diberi secara percuma oleh Amazon Appstore iaitu Guitar Pro.

Aplikasi popular Windows ini kini boleh didapati di peranti Android walaupun sebenarnya artikel ini lahir agak lewat setelah beberapa versi Guitar Pro (berharga $6.59) dilepaskan kepada umum.

Pemain gitar yang hebat, makcik kantin sekolah, abang jaga hospital, PM Najib Razak atau sesiapa sahaja yang enthusiast terhadap instrumen gitar ini seharusnya mendapatkannya (kini secara percuma oh, siapa nak bagi?) di Amazon Appstore tanpa berlengah lagi.

Artikel ini sebenarnya ingin ditulis lebih panjang yang boleh, namun kerana overexcited, ilham tengah shock nak datang mencurah curah ke ladang gandum. Maka, artikel ini datang ringkas tapi padat.

The Guitar Pro mobile app offers the playback functionalities of the desktop software, reproducing the sound of over 80 instruments. Whenever you are rehearsing, touring, or with friends, have your scores right at hand at all time. -- GuitarPro.com

Paparan antaramuka yang noob-friendly memudahkan pengguna untuk menggunakannya walaupun anda seorang pemula.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Guitar Pro :

  1. Score Player
  2. Sound Rendering
  3. Notepad
  4. Smart Playback
  5. SNS
  6. Import/Export
  7. MySongBook
Turut disertakan beberapa paparan Guitar Pro.






InsyaAllah kalau ada kelapangan, akan saya tulis review beberapa apps lagi yang tak kurang menariknya.

Signing Off,
MiM Jawi.
Powered by Blogger.