Streamus : Mainkan Lagu Dari YouTube Tanpa Tab

Adakah anda dari jenis yang suka memainkan lagu pada laman YouTube, kemudian tanpa sengaja anda tertutup tab tersebut? Atau, anda ingin sekali melanggan Spotify Premium tetapi tidak mampu untuk membayarnya (pelajar mungkin). Kalau ya, anda patut cuba extension untuk Chrome yang dinamakan sebagai Streamus ini.


Streamus membantu anda untuk memainkan lagu-lagu yang anda gemari di laman YouTube tanpa perlu membuka tab untuk membuka pula laman YouTube itu sendiri. Ia berfungsi seakan Spotify Premium, mainkan lagu tanpa iklan, tanpa gap, tanpa shuffle, tetapi paling penting, tanpa membayar kerana semua lagu datang dari YouTube.

Terdapat juga tetapan ringkas untuk set kualiti audio, memadam senarai stream sedia ada, dan memadam playlist yang telah anda buat.


Ia juga ada fungsi notifikasi berhampiran dengan task bar seperti Ubuntu. Lihat pada gambar di bawah:


Amacam? Berminat? Nah, muat turun/pasang melalui pautan ini : Streamus


Powered by Blogger.