U Mobile GetClever - Lebih Data, Lebih Jimat, Lebih Tawaran Percuma

U Mobile telah melancarkan 3 pelan terbaru melibatkan prepaid serta 2 pelan terbaru untuk postpaid yang dinamakan sebagai 'GetClever'.


Dengan pelan-pelan terbaru ini, U Mobile mengatakan para pengguna akan menikmati:

1. 50% lebih data (kuota) internet berbanding telco lain.
2. Panggilan percuma ke nombor U Mobile selama 30 minit SETIAP HARI.
3. Panggilan 5 sen / 30 saat ke rangkaian lain.
4. Bawa ke bulan depan panggilan percuma yang tidak digunakan sehingga 2x dari jumlah yang diberikan. Sebagai contoh jika anda menggunakan UMI30, jumlah yang diberi ialah 30 minit. Maka anda boleh bawa ke bulan depan sehingga 60 minit waktu berbual. Wow..
5. Kalau tiada telco yang mampu menawarkan pakej seperti ini, kata mereka 'It's Time To Switch'.


Anda boleh lihat pelan-pelan yang ditawarkan pada gambar di bawah:


Secara ringkas, pelan-pelan UMI yang terbaru ialah UMI 20, 30 dan 50. Manakala Pelan postpaid pula kini diberikan label 'P' dan bukan lagi 'U' iaitu P50 dan juga P70.

Bagi pelan prepaid UMI, setiap pelan diberikan panggilan percuma 30 minit ke rangkaian U Mobile, dan juga diberikan panggilan percuma ke rangkaian lain mengikut pelan UMI yang anda gunakan. UMI20, 20 minit percuma, UMI30, 30 minit percuma, dan UMI50, 50 minit panggilan percuma. Jangan lupa, seperti yang saya sebutkan di atas, jika anda tidak habiskan panggilan percuma ini, ianya akan dibawa ke bulan depan.

Untuk pelan data, anda akan menikmati 500MB untuk UMI20, 1.5GB untuk UMI30, dan 3GB untuk UMI50.

Bagi mereka yang ingin menggunakan pelan postpaid yang menarik, P50 boleh dikatakan bagus kerana ianya adalah 'pelan salin dan tampal' dari UMI50, cuma ianya dijadikan versi postpaid. P70 pula memberikan anda lebih data iaitu sebanyak 4.5GB (kenapa la U Mobile tak bagi 5GB je terus!).

Kalau ada sesuatu perkara yang hendak saya rungutkan (selain liputan) ialah pelan booster U Mobile, iaitu RM10 untuk 1GB. Saya rasa mungkin saya tiada masalah dengan jumlah data, tetapi kalau boleh harganya biarlah diturunkan kepada RM5. Tak lupa juga ia cuma boleh digunakan selama 3 hari sahaja. Pelan booster ini akan jadi lebih baik jika dapat digunakan sehingga 5 hari, atau sehingga tamat tempoh langganan atau habis jumlah data digunakan, mengikut mana yang terdahulu.

Itu cuma cadangan saya kepada pihak U Mobile. Saya yakin kalau CEO U Mobile baca dan 'mendengar' keluhan pembaca sudah pasti cadangan ini akan dilaksanakan.

Gambar di bawah menunjukkan salah satu contoh perbandingan antara pelan UMI30 dan juga pelan-pelan rangkaian lain.


Sumber : U Mobile GetClever


Powered by Blogger.