Aktifkan Facebook Built-In Chat/Messenger [Rooted Device]

Mereka yang kerap menggunakan Facebook, pasti sekali-sekala akan menggunakan juga Facebook Messenger. Untuk mereka yang kerap pula menggunakan aplikasi tersebut, ada sesetengah suara yang mengatakan mereka tidak sukakan Facebook Messenger disebabkan ia juga salah satu penyumbang kepada penurunan kuasa bateri, selain bersaiz besar, mewakili satu aplikasi lain untuk satu fungsi asal yang mana ianya sememangnya siap terbina dalam Facebook itu sendiri.

Buat mereka yang tidak senang dengan keadaan ini, terdapat dua pilihan untuk anda iaitu:

a) Untuk mereka yang perantinya tidak root, gunakan saja aplikasi Facebook versi 27 (ke bawah) bersama-sama dengan Facebook Chat Re-Enabler, yang mana kedua-dua aplikasi itu boleh dmuat turun di sini : [APP][2.3+] Facebook Chat Re-Enabler

Aplikasi ini sebenarnya adalah aplikasi 'kosong', sepertimana kata-kata pembangunnya:

"It is an empty App with the same package name as FB messenger, FB just checks if the package exists to activate the hidden tab."

Ceh. Boleh tahan bijak kau ye.

Atau,

b) Untuk mereka yang enggan terkena 'amaran lembut' dari Facebook seperti paparan skrin di bawah:


Anda perlu:

1. Root terlebih dahulu peranti anda.

2. Muat turun aplikasi Facebook Messenger versi 1.0.011. Jangan bimbang, aplikasi ini hanya bersaiz kecil sekitar 2.2MB sahaja. Muat turun ia di sini : Facebook Messenger 1.0.011

Kenapa kena pasang versi ini? Sebab ianya bersaiz kecil lah! Kalau pasang versi paling baru di Google Play Store, rasanya nak dekat 20MB juga kan? Hmmm.. logik kan..

3. Naik taraf aplikasi Facebook anda kepada versi terakhir melalui Google Play Store.

4. Pasang dan buka aplikasi Titanium Backup.

5. FREEZE aplikasi Facebook Messenger 1.0.011 itu tadi. Selesai. (Ada juga yang cakap tak perlu freeze, tapi pada saya, freeze je lah kalau dah root!)


Sekarang anda sudah boleh menggunakan Facebook Chat terbina dalam yang sudah diaktifkan.



Suka? Gembira? Bila lagi nak belanja saya makan Cendol Bakar? Ok 1,2,3, JOM..
Apa yang penting, selagi Facebook Chat (Built In) ini masih lagi boleh digunakan, kita gunakan ia sampailah ia 'ditutup' oleh pihak Facebook sendiri. Saya tak tau macam mana mereka yang paksa kita gunakan Facebook Messenger yang 'berat' dan 'nanang' itu (berat nanang!) tapi yang saya tau, saya tak ingin bateri saya dijamah dengan lazat oleh aplikasi yang saya tidak sukai, tetapi dipaksai, untuk digunai (aih, ada ke ayat cam gini?).

Ada satu lagi cara, cuma caranya agak sedikit teknikal bak kata Drippler. Itu anda boleh lihat sendiri di sini : #541

Baiklah. Sebarkan tutorial ini kepada semua. Terima kasih. All credit goes to XDA Developers.

Powered by Blogger.