Memasang Custom Codec Pada MX Player

Buat mereka yang masih tak tahu, MX Player ialah sebuah pemain video untuk Android yang telah lama menjadi antara salah satu pemain video terbaik untuk sistem operasi ini. Antara kelebihan MX Player yang menyerlah berbanding pemain video yang lain, pada saya ialah kekemasan antaramuka penggunanya yang jika ingin dibezakan sebelah-menyebelah antara pemain video yang lain, nampak ketara tahap mudah faham dan mudah gunanya.

Selain itu, ia juga menyokong fungsi Multi-Core Decoding, yang mana ia banyak membantu dalam meningkatkan prestasi pemain video ini. Kalau nak ditulis mengenai kelebihan dan lain-lain tips, saya rasa ia perlukan satu artikel berasingan kerana ianya 'cerita yang panjang'. Namun apa yang lebih membezakan antara MX Player dan lain-lain pemain video ialah kebolehan untuk ia memainkan apa jua jenis video yang anda lontarkan kepadanya, sehinggalah baru-baru ini sokongan untuk audio codec DTS & DOLBY dibuang/dikeluarkan dari MX Player.

Ini telah menyebabkan mana-mana video yang mempunyai audio dts/dtshd/ac3/eac3/mlp telah menjadi 'senyap' dan hanya video sahaja yang dimainkan. Oleh itu, satu langkah 'workaround' perlu dibuat untuk memastikan MX Player kekal cemerlang. Apa yang perlu anda buat?

Anda perlukan custom codec yang memuatkan codec untuk audio-audio ini. Ia boleh anda dapati di pautan berikut : MX Player Custom Codec

Sila muat turun codec yang bersesuaian dengan peranti anda atau gunakan sahaja custom codec versi AIO (jika anda tidak tahu mana yang sesuai atau malas nak fikir panjang).

1. Langkah pertama, jika anda meletakkan codec tersebut dalam mana-mana folder, sila buka menu Settings > Decoder > Custom Codec. Lakukan navigasi ke folder di mana anda letakkan codec tersebut dan klik padanya. Jika tiada masalah, MX Player anda mula semula dan terus memuatkan codec tersebut.


2. Langkah alternatif, letakkan codec tersebut pada root internal memory/sdcard anda. Jika ianya dapat dikesan oleh MX Player (rujuk gambar di bawah), klik OK. MX Player akan mula semula dan memuatkan codec tersebut.


Selesai. Sekarang anda sudah boleh nyahpasang pemain video yang lain kerana MX Player boleh lakukan tugas tersebut tanpa perlu bantuan sandaran dari pemain video yang lain.


Powered by Blogger.