Panggilan Suara Untuk WhatsApp Kini Dibuka Dalam Versi 2.12.19

Kini tanpa panggilan jemputan dari rakan-rakan yang terlebih dahulu mempunyai ciri tersebut, anda sudah boleh menggunakan panggilan suara dalam aplikasi WhatsApp.


Anda tidak perlu gunakan apa-apa lagi trik atau panggilan jemputan, sebaliknya hanya perlu memasang versi terbaru iaitu 2.12.19 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi WhatsApp di sini : WhatsApp

Jangan lupa untuk tanda pada pilihan 'Unknown Sources' untuk memasang fail apk tersebut. Sebaik saja ia dibuka dan anda telah melepasi pengesahan, paparan antaramuka aplikasi WhatsApp akan berubah sepertimana paparan skrin di atas.

Jadi, anda sudah boleh mula menggunakan ciri panggilan suara ini dengan syarat pihak yang ingin dipanggil hendaklah juga menaiktaraf versi aplikasi kepada 2.12.19. Jika tidak, panggilan mungkin tidak dapat dilakukan dan akan keluar tanda amaran mengatakan ketidakserasian versi aplikasi.


Buat sementara waktu ini masih tidak dapat dipastikan sama ada ianya adalah tindakan sengaja atau tidak sengaja dari pihak WhatsApp. Apapun, sementara peluang sedang terbuka, tidak salah untuk kita mencuba.


Powered by Blogger.