WhatsApp Mula Menyekat Secara Kekal Pengguna Aplikasi Pihak Ketiga

Sebelum ini kita dapat melihat WhatsApp telah menyekat para pengguna yang menggunakan aplikasi tidak rasmi WhatsApp disekat dengan tempoh waktu tertentu.


Kita semua sedia maklum pengguna telah memasang aplikasi-aplikasi tidak rasmi ini atas ciri-ciri tertentu seperti penggunaan tema, melihat 'last seen' pengguna lain sedang status 'last seen' sendiri kekal disembunyikan, dan juga ciri menyembunyikan double ticks serta blue ticks.

Akan tetapi kini WhatsApp telah bertindak lebih agresif lagi. Mereka yang menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp+, OGWhatsapp, WhatsAppMD, dan WhatsApp Reborn berdepan dengan risiko sekatan kekal. Berita mengenai perkara ini telah disampaikan sendiri oleh OsmDroid.

Tindakan ini dikenakan atas alasan 'penyalahgunaan rangkaian' rasmi WhatsApp. Setakat ini gelombang sekatan baru bermula dan beberapa pengguna telah melaporkan bahawa nombor yang mereka gunakan tidak lagi boleh didaftar untuk aplikasi WhatsApp rasmi sekalipun.
Powered by Blogger.