Rimas Dengan IDM? Jom Cuba EagleGet

Saya sudah puas menulis mengenai perisian pemuat turun untuk Linux yang pelbagai. Dari jenis baris perintah hinggalah yang mempunyai antaramuka pengguna. Xtreme Download Manager, FlareGet, uGet adalah antara darinya. Apa yang penting ialah kesemuanya boleh dimuat turun dan digunaka secara percuma. Tiada iklan, tiada virus!

Perkara yang sama saya cuba 'carikan' untuk sistem operasi Windows. Ini adalah kerana saya tidak mampu untuk membeli lesen Internet Download Manager (IDM) bagi kesemua PC dan laptop yang saya gunakan. Satu mungkin ok, tetapi kalau dah masuk dua, tiga, boleh melarat juga bajet poket yang sedikit tebal (ehem, tebal dengan habuk) ini.

Jadi saya pun mulalah mencarinya, satu perkara yang tidak pernah saya lakukan (serius!) kerana terlalu asyik dengan IDM. Apabila IDM kerap mengemaskini perisiannya, saya juga kerap mencari *ehem*cracked*ehem* kerana PC di pejabat bukan perisian yang asli. Hehe..

Kerana rimas, saya cuba mencari alternatif terbaik yang percuma. Siapa yang tak suka makan nasi minyak kenduri, kan? Errr.. ok kan analogi tu.

Jadi dipendekkan cerita maka saya pun cubalah menggunakan perisian ini , iaitu EagleGet. Ianya dah lama, cuma waktu dulu saya tak minat nak menggunakannnya kerana IDM tidak terlalu merimaskan seperti sekarang. Nak guna versi *ehem*cracked*ehem* atau *ehem*patched*ehem* takut kepada virus pula. Heh.. mohon jangan ketawa!

Jadi cuba punya cuba, terus melekat sampailah sekarang. Apabila lama difikirkan ada baik juga saya kongsikan di sini, sementelah lama juga saya tidak menulis. Maaflah, kerja di pejabat amat merunsingkan. Tambahan pula di pejabat saya sudah menggunakan firewall sendiri, hingga blog ini pun disekat! W$5#&888@@@$%*&^!!

Ya, EagleGet bukan perisian percuma yang biasa-biasa. Perkara paling penting selain percuma ialah ia tidak meniru reka bentuk IDM seperti kebanyakan perisian lain. Ia ada 'identiti' sendiri. Malas nak tulis panjang, tengok sendiri pada paparan skrin di bawah:




Selain menjadi pengurus muat turun fail-fail secara terus pada mana-mana pautan seperti lazim yang dilakukan oleh IDM, ia juga boleh membancuh kopi. Ehhh, tak, ia boleh juga memuat turun video dari YouTube, dan lain-lain laman penstriman video melalui 'Media Grabber'.




Mungkin sedikit leceh la, sebab kena melalui Media Grabber dahulu, tapi benda percuma bro. Kan..

Ehhh bosan la tulis panjang-panjang takde orang baca. Nah, klik pautan di bawah untuk muat turun dan terus mencuba. Tak rugi apa-apa kerana ia tidak mengenakan caj untuk lesen. Sebab, memang tiada lesen pun. Ye lah, percuma bro.

Klik ---> EagleGet - EG Download Accelerator, Free Video Downloader

Buat masa ini ia tiada versi untuk Linux, jadi, pengguna Linux boleh cari alternatif lain lah ya.


Powered by Blogger.