Watch Later : Material Design YouTube Downloader

YouTube sememangnya adalah satu 'trend setter' untuk laman penstriman video dan audio. Ia ibarat sebuah hub hiburan tetapi tidak memerlukan sebarang bayaran. Mainkanlah apa jua video, atau dengarkan saja apa-apa lagu. Hiburan untuk anda terbuka 24 jam tanpa had, errr.. melainkan kuota anda ciput. Huhu..

Apapun kalau bab YouTube Downloader, ia memang tidak akan dapat dimuat naik ke dalam senarai aplikasi di Google Play Store dek kerana terma dan syarat dari Google yang melarang sebarang bentuk pemuat turun video dari YouTube.

Atas sebab itulah aplikasi Watch Later ini hanya dihoskan di laman web rasmi mereka di sini : Watch Later

Watch Later ialah sebuah aplikasi pemuat turun video dan audio dari laman YouTube. Ianya mempunyai paparan antaramuka pengguna yang menarik kerana mengikuti spesifikasi Material Design dan boleh dikatakan mirip aplikasi YouTube, cuma ia dikhususkan untuk tugas-tugas muat turun sahaja manakala tugas mencari dan memainkan video di YouTube, adalah pada aplikasi YouTube itu sendiri.

Ia mempunyai ciri lazim pada aplikasi YouTube Downloader, iaitu boleh memuat turun video, dan audio, cuma kekurangannya setakat ini ialah resolusi maksima yang boleh didapati hanyalah 720p sahaja. Berkemungkinan resolusi yang lebih tinggi akan ditambah pada versi yang akan datang. Apa yang saya suka ialah selain paparan antaramuka yang lebih 'bersih' berbanding YouTube Downloader yang lain (contohnya TubeMate), ia juga tidak menempelkan sebarang iklan. Bagus kan?

Berikut adalah beberapa paparan skrin Watch Later:



]
Berminat? Muat turun Watch Later dengan sepantas kilat (like a flash; The Flash reference.. Huhu..) di sini : Watch Later


Powered by Blogger.