F-Secure Freedome VPN Giveaway - Percuma Untuk 3 Bulan

Selalunya bila ada giveaway di sini, ianya adalah perisian-perisian yang agak 'old school'. Tetapi kali ini perisian yang bakal diberikan adalah dari 'new school untuk new school'. Ingin mengetahui lebih lanjut? Jom lihat dulu beberapa paparan skrin untuk aplikasi Android F-Secure Freedome VPN:






Ini bukan giveaway untuk mereka yang gemarkan freebies. Oh tidak, servis VPN ini merupakan servis berbayar, cuma kali ini F-Secure memberikan 3 bulan langganan secara percuma untuk mereka yang inginkan sambungan dengan lebih privasi tetapi mahukan tempoh percubaan untuk menilai.

F-Secure sudah terkenal dengan perisian antivirus. Jadi dengan adanya servis VPN ini mereka dapat mengukuhkan kedudukan mereka didalam industri. Kita lihat serba-sedikit pro dan kontra bagi aplikasi versi Android ini:

Pro

1. Mudah digunakan. Hanya perlu pasang, tekan 'ON' dan terus sambung aktiviti anda seperti biasa.
2. Aplikasi mempunyai navigasi mudah.
3. Sesuai untuk mereka yang baru menceburkan minat dalam sambungan internet beserta enkripsi VPN.

Kontra

1. Tidak sesuai untuk power users, dek kerana tetapan yang terlalu ringkas. Untuk mereka yang gemar menukar port, bereksperimentasi dengan pelbagai tetapan, maka aplikasi dari VPN ini tidak sesuai untuk anda melainkan anda tidak kisah.
2. Tiada dokumentasi jelas untuk pelayan mana yang boleh digunakan untuk Torrent/P2P, atau mungkin kesemuanya 'boleh saja'.

Bagaimana Caranya Untuk Mendapatkan Kod Lesen?

Nah, pergi ke pautan ini dan isikan maklumat yang diminta: F-Secure Freedome

Setelah itu, apabila anda memperoleh kod lesen, akan ada juga pautan untuk anda memuat turun perisian/aplikasi VPN F-Secure ini. Setelah selesai pemasangan pada peranti anda, masukkan kod tersebut.


Powered by Blogger.